Page 120 - Nilai Shahid al-Quran
P. 120

sahaja,  iaitu  manusia  sentiasa  mengingini  nilai  dengan  makna  tinggi  harga,  darjat,

                       mutu dan kadarnya.




                       Jika nilai dilihat dari segi impak, ada pendapat yang mendakwa bahawa nilai adalah


                       sesuatu  yang  subjektif  mengikut  pandangan  peribadi  seseorang.  Setiap  orang  hidup

                       dengan nilai-nilai yang dipegang dan dihargai, yang akhirnya mempengaruhi fikiran


                       dan  tindakan  mereka  (Fadzli,  2011).  Bahkan  satu-satu  nilai  itu  turut  difahami

                       berdasarkan  latar  belakang  seseorang.  Sebagai  contoh,  fahaman  nilai  masa  adalah

                       berbeza  di  antara  seorang  ahli  ekonomi,  politik,  akademik  atau  seorang  itu  petani,


                       askar, pemuda, orang dewasa dan sebagainya (Abu Ghudah, 2010). Nilai masa pada

                       pandangan ahli ekonomi dikaitkan dengan keuntungan atau kerugian, manakala pada


                       sisi ahli politik nilai masa dikaitkan pula dengan kekalahan ataupun kemenangan.




                       Kesimpulan daripada perbincangan impak nilai ini, didapati nilai yang dipegang oleh

                       seseorang itu pada mulanya terbentuk daripada persekitarannya sejak dilahirkan dan


                       dibesarkan.  Seterusnya  nilai  yang  dihayati  tersebut  boleh  berkembang  ataupun

                       berubah berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang diterima dari semasa ke semasa.




                       Oleh  sebab  itulah  penting  bagi  seseorang  mendapat  pendidikan  berasaskan  sumber

                       yang  tepat  dan  menjalani  kehidupannya.  Sebagai  contoh,  pendidikan  berasaskan


                       sumber Islam ditambah dengan kehidupan dalam persekitaran Islam akan membentuk

                       satu  nilai  Islam  dalam  diri  seseorang.  Nilai  Islam  ini  pula  sudah  tentu  berada  di


                       landasan kebenaran kerana ia bersumberkan wahyu daripada Allah S.W.T (Al-Jalad,

                       2013).






                                                              102
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125