Page 123 - Nilai Shahid al-Quran
P. 123
Oleh hal yang demikian, secara umum sesuatu itu akan dianggap mempunyai nilai
dalam kajian ini sekiranya ia memiliki tiga ciri sebagaimana yang disebutkan di atas,
iaitu sesuatu yang bersifat ilmu atau pengetahuan yang boleh dipelajari oleh seseorang
individu, boleh menerbitkan perasaan terhadapnya dan boleh menjadi pemangkin
kepada sesuatu tindakan dan perbuatan. Perbuatan yang dilakukan itu pula berterusan
tanpa mengira keadaan dan tanpa ada sebarang paksaan.
2.3.2.2 Ciri-ciri nilai dalam Islam
Agama Islam mempunyai nilainya yang tersendiri yang ditentukan oleh Allah (Mohd.
Yazid, 2005). Nilai Islam bersifat mutlak, objektif, dan berkembang di atas satu asas
yang kukuh, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah (Nik Azis, 2014). Oleh itu,
sesuatu perkara dianggap mempunyai nilai iaitu baik, mulia, cantik dan berharga
mahal di sisi Islam sekiranya ia menepati kehendak Allah. Sebaliknya sesuatu itu
tidak mempunyai nilai sama sekali di sisi Islam sekiranya ia bertentangan pula dengan
ajaran agama Islam (Al-Jalad, 2013), bahkan ia dikatakan sebagai prasangka dan
kehendak hawa nafsu semata-mata (Nik Azis, 2014).
Sebagai contoh, perbuatan menderhaka kepada ibu bapa merupakan nilai buruk yang
tidak diterima oleh Islam kerana Allah melarang manusia daripada menderhaka
kepada kedua ibu bapanya (QS Al-Isra‟, 17:23).
Ciri-ciri nilai dalam Islam dapatlah dipetik daripada keistimewaan (khasais) Islam itu
sendiri, iaitu bersumberkan Allah, bersifat menyeluruh (shumul), umum, dikaitkan
dengan balasan yang setimpal serta bersifat ketinggian dan rasional (al-mithaliyyah
c
wa al-waqi iyyah) (Zaydan, 1997). Bahkan dalam Islam ketaatan kepada Allah dalam
105