Page 126 - Nilai Shahid al-Quran
P. 126
Malik bin Nabi mengeluarkan nilai sosial sebagai satu nilai yang dibawa dalam al-
Quran. Beliau membawakan contoh pengharaman arak yang menjadi ketagihan
manusia. Ia tidak terus diharamkan sebaliknya melalui tiga fasa yang berbeza. Fasa
pertama menjelaskan bahawa arak itu mengandungi kebaikan namun dosa padanya
lebih besar. Fasa kedua tegahan solat ke atas mereka yang mabuk dan fasa ketiga
adalah pengharaman arak kerana ia adalah daripada perbuatan syaitan. Melalui ayat-
ayat al-Quran ini jelas mengandungi nilai sosial yang berjaya mendidik masyarakat
Islam untuk menolak arak dan menerima ketetapan Islam (BenNabi, 2008).
Kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan beberapa pandangan umum berkaitan ciri
nilai yang dibawa oleh al-Quran, iaitu nilai akhlak dan nilai sosial yang boleh
dikategorikan sebagai nilai murni. Namun begitu, nilai yang dibawa oleh al-Quran
telah dibincangkan secara terperinci oleh ulama Islam di bawah tema keistimewaan
(khususiyyat) al-Quran. Sementelah keistimewaan al-Quran telah tersimpul rapi dalam
definisi al-Quran itu sendiri (Al-Zuhayli, 2015).
Al-Zuhaili (2015) telah menyenaraikan 13 keistimewaan al-Quran, iaitu kalam Allah,
diperturunkan secara amanah, berbahasa Arab, bersifat rabbani, mempunyai mukjizat,
memenuhi fitrah manusia, kesepaduan akidah, ibadah dan akhlak, menyeluruh dan
sempurna (al-shumul wa al-kamal), fleksibel (al-murunah), seimbang (al-tawazun),
c
kesederhanaan (al-wasatiyyah), merentasi sempadan tempat (al- alamiyyah), dan
memenuhi segala ciri kemanusiaan (al-insaniyyah). Daripada keistimewaan al-Quran
tersebut dapat dibuat kesimpulan bahawa ciri-ciri nilai yang dibawakan oleh al-Quran
dan menepati objektif kajian ini adalah seperti berikut:
108