Page 127 - Nilai Shahid al-Quran
P. 127

i.     Ketinggian nilai.

                              Ketinggian nilai al-Quran adalah didasari kepada sumber al-Quran itu daripada


                              Allah S.W.T dan diperkuatkan oleh riwayat antara manusia secara mutawatir

                                                   c
                              (Al-Hudaythi,  1974;  Itr,  1996).  Oleh  sebab  itu  kesemua  sarjana  dan  tokoh-

                              tokoh  dalam  bahasa  Arab  sependapat  mengatakan  bahawa  al-Quran

                              mempunyai  nilai  bahasa  yang  tinggi  dari  segi  pemilihan  perkataan  dan


                              kehebatan  susunannya.  Begitu  juga  ketinggian  nilai  intelektual  kerana  ilmu

                              pengetahuan  dan  fakta-fakta  yang  terkandung  dalam  al-Quran  menepati

                              penemuan-penemuan  yang  merentasi  sempadan  masa  dan  tempat  dalam


                              pelbagai  bidang.  Ketinggian  nilai  ini  juga  boleh  disebut  dengan  tema  nilai

                              rabbani atau nilai kudus.




                              ii.    Nilai bersifat mempengaruhi.


                              Kedudukan  al-Quran  adalah  tinggi  dan  hebat  kerana  ia  merupakan  mukjizat

                              terbesar  Nabi  Muhammad  S.A.W  yang  berkekalan  sehingga  ke  hari  kiamat.

                                                                                       c
                              Mukjizat  al-Quran  dikategorikan  sebagai  mukjizat  ma nawi  yang  sangat

                              mempengaruhi  jiwa  manusia  yang  berakal.  Mukjizat  tersebut  pula  terbahagi

                                                                                                      c
                                                                 c
                                                                                            c
                                                                                               c
                                                                               c
                              kepada  beberapa  aspek  antaranya  i jaz  al-rasm,  i jaz  al-tashri ,  i jaz  al- ilm
                                   c
                              dan  i jaz  al-ta‟thir  (Ali  Yahya,  2015;  Nasrullah,  2015;  Shamlul,  2006).
                              Ketidakmampuan manusia seluruhnya untuk menyahut cabaran al-Quran sama

                              ada  dari  segi  ketepatan  fakta  ilmu  pengetahuan  dan  ketinggian  bahasa

                              menjadikan  mereka  terpaksa  tunduk  dan  akur  kepadanya  (Zaydan,  1997).


                              Manusia yang terlalu hampir dengan al-Quran akan mendapati dirinya kerdil

                              lantas perkara itu membentuk suatu pengaruh yang hebat. Pengaruh al-Quran


                              yang hebat ini boleh disebut sebagai nilai mukjizat.



                                                              109
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132