Page 124 - Nilai Shahid al-Quran
P. 124

apa jua keadaan suka mahupun duka akan membentuk nilai positif. Sebaliknya bagi

                       orang yang tidak taat, segala kesenangan dan nikmat yang datang pada akhirnya akan


                       menjadi sesuatu yang bernilai negatif pula (Syed Alwi, 2010).




                       Namun  secara  ringkasnya  nilai  dalam  Islam  bolehlah  dikatakan  sebagai  sejumlah

                       kefahaman,  kepercayaan  dan  pemaknaan  yang  bersifat  rabbani  atau  ketuhanan,


                       menjadikan  manusia  lebih  taat  kepada  apa  jua  suruhan  Allah  dan  menjauhi  segala

                       larangan-Nya (Ahmad, 2010).




                       Oleh  hal  yang  demikian,  ciri-ciri  nilai  dalam  Islam  boleh  dijelaskan  melalui  dua

                       kategori.  Kategori  yang  pertama  adalah  sama  dengan  ciri-ciri  nilai  secara  umum


                       sebagaimana  yang  dijelaskan  sebelum  ini,  iaitu  yang  diasaskan  kepada  ilmu,

                       penghayatan dan tindakan. Manakala kategori yang kedua adalah berasaskan kepada


                       keistimewaan  Islam  itu  sendiri,  iaitu  dapat  diterjemahkan  melalui  aspek  akidah,

                       syariat dan akhlak. Sebagai contoh, akidah Islam mengandungi perbahasan terhadap


                       enam  rukun  Islam  yang  dimulai  dengan  keimanan  kepada  Allah.  Beriman  kepada

                       Allah  yang  Esa  akan  melahirkan  nilai  tauhid.  Nilai  tauhid  ini  pula  adalah  ibu  bagi


                       segala nilai yang terdapat dalam Islam (Al-Jalad, 2013).



                       Kesimpulannya ciri-ciri nilai dalam Islam dapatlah disimpulkan seperti berikut:




                             i.      Nilai Islam bersifat rabbani kerana ia bersumberkan Allah s.w.t yang


                              bersifat  dengan  segala  kesempurnaan,  menyeluruh,  umum,  dikaitkan  dengan

                              dosa dan pahala serta bersifat ketinggian dan rasional.






                                                              106
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129