Page 121 - Nilai Shahid al-Quran
P. 121
2.3.2 Ciri-ciri nilai
2.3.2.1 Ciri-ciri nilai secara umum
Sesuatu perkara akan lebih dikenali berdasarkan ciri-cirinya. Sebagai contoh, ciri-ciri
orang beriman yang berjaya dinyatakan dengan jelas melalui ayat-ayat al-Quran, iaitu
mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan
hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga
kehormatannya; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang
tetap memelihara sembahyangnya; bagi merekalah balasan syurga Firdaus (QS al-
Mukminun, 22:1-11).
Terdapat banyak ciri nilai yang diutarakan oleh para pengkaji berdasarkan matlamat
dan objektif kajian masing-masing. Sementelah pula definisi nilai juga berbeza di
antara satu kajian dengan kajian yang lain dan dari satu bidang kepada bidang kajian
yang lain. Hal ini demikian kerana sebagaimana yang disebutkan terdahulu bahawa
nilai adalah suatu yang subjektif.
Oleh hal yang demikian, ciri-ciri umum nilai pada pandangan al-Jalad (2013)
dianggap sesuai mengikut matlamat dan objektif kajian ini. Ciri-ciri nilai secara umum
tersebut dinyatakan seperti berikut:
i. Nilai lahir dari ilmu dan pengetahuan. Seseorang perlu mempunyai
ilmu tentang selok belok sesuatu perkara dari segi baik dan buruknya, barulah
akan timbul perasaan bahawa perkara tersebut amat bernilai di sisinya.
Sebagai contoh, seseorang yang dibekalkan dengan ilmu al-Quran, bermula
103