Page 118 - Nilai Shahid al-Quran
P. 118
2.3.1.3 Nilai pada pandangan awam
Perkataan nilai telah digunakan dalam banyak tulisan yang dihasilkan secara umum
dengan maksud tersendiri selari dengan latar belakang dan objektif tulisan berkenaan.
Didapati perkataan nilai digunakan atau dikaitkan dengan perkataan lain bagi
membentuk definisi nilai yang dikehendaki.
Sebagai contoh, di Malaysia kerajaan telah mengambil inisiatif dengan
memperkenalkan nilai secara lebih serius dalam perkhidmatan awam. Inisiatif ini
diterjemahkan melalui sebuah Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam yang
diadakan pada 2 Mac 1992 di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur. Satu set nilai telah
diperkenalkan melalui ucapan perasmian oleh Tan Sri Dato‟ Seri Ahmad Sarji Bin
Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara ketika itu. Set nilai tersebut yang
mengandungi 24 nilai utama dan ia telah dikaitkan dengan penjawat awam bagi
membentuk Nilai Penjawat Awam. (Sabitha & Mahmood, 2005).
Dalam bidang pekerjaan secara umum, nilai turut dikaitkan dengan prestasi sesuatu
hasil pekerjaan. Nilai prestasi diperlukan bagi melaksanakan sesuatu dengan
cemerlang. Nilai prestasi berbeza antara satu komitmen dengan satu komitmen yang
lain dan juga berbeza antara satu organisasi dengan organisasi yang lain (Fadzli,
2011).
Contoh yang lain, terma nilai intelek telah digunakan oleh YB Dato Seri Utama Dr.
Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dalam
memuji para pengkaji yang berjaya menyumbang kepada pengertian budaya yang
mendalam. Beliau juga mengaitkan nilai intelek tersebut dengan nilai pengalaman
100