Page 114 - Nilai Shahid al-Quran
P. 114

Dalam bahasa Inggeris perkataan nilai diterjemahkan sebagai to appraise, value atau

                       worth. Ketiga-tiga perkataan ini membawa makna sesuatu yang berharga, mempunyai


                       kualiti, berguna dan penting (Junior KBSM Dictionary, 1991, “Kamus Online,” n.d.,

                       Oxford  Advanced  Learner‟s  Dictionary,  1995).  Kamus  Cambridge  menyandarkan


                       perkataan  value  kepada  dua  makna  yang  besar,  iaitu  penting  jika  ia  dinisbahkan

                       kepada sesuatu perkara atau isu dan berharga jika ia dinisbahkan pula kepada wang


                       (Kamus Cambridge, 1996).



                       Dalam  bahasa  Arab  perkataan  nilai  digunakan  sebagai  al-qimah.  Perkataan  ini


                       telahpun diterima pakai oleh Kamus Dewan sebagai sinonim kepada perkataan nilai

                       sebagaimana yang disebutkan terdahulu. Dari segi bahasa Arab, perkataan  al-qimah


                       berasal  daripada  perkataan  qawama.  Kemudian  ditukar  huruf  wau  kepada  alif  bagi

                       membentuk perkataan qama yang bermaksud berdiri, lurus dan tetap (istiqamah) (Ibn


                       Manzur, 1994; Mustafa, 1972).




                       Masyarakat Arab menggunakan perkataan qama dan derivasinya dengan makna yang

                       pelbagai. Namun kajian bersetuju dengan makna yang terkandung dalam perkataan al-


                       qimah dari segi bahasa sebagaimana yang disebut oleh al-Jalad (2013) seperti berikut:



                              i.     Al-thabat  (tetap),  kerana  nilai  mengandungi  sifat  tetap  dan  tidak


                              berubah-ubah.



                                         c
                              ii.    Al-ri ayah  (penjagaan),  kerana  nilai  mewakili  sifat  penjaga  kepada

                              keperibadian seseorang.






                                                               96
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119