Page 109 - Nilai Shahid al-Quran
P. 109

Kesimpulan daripada perbincangan ini menjelaskan bahawa alasan kajian ini memilih

                       pendekatan  kualitatif  sebagai  reka  bentuk  kajian  adalah  wajar  berdasarkan  kepada


                       dominasi kajian SQ yang dilakukan sebelum ini adalah dalam bentuk kajian kualitatif

                       berbanding kuantitatif.




                       Selain itu, kajian ini mendapati ruang kajian  SQ ke atas kitab turath sememangnya


                       terbuka  luas.  Hal  ini  demikian  kerana  walaupun  pengkaji  Arab  telah  mengambil

                       hampir keseluruhan korpus kajian yang berpengaruh hasil karangan sarjana tatabahasa

                       Arab  yang terkemuka, namun kajian bagi meneliti karya tatabahasa  yang dilakukan


                       oleh  sarjana  yang  kurang  masyhur  dalam  kalangan  pengkaji  Arab  terutama  mereka

                       yang berasal dari luar tanah Arab seperti SA masih belum dilakukan.




                       Walau bagaimanapun, pemilihan kitab Tashil karya SA telah mengambil kira kesemua


                       rasional pemilihan korpus kitab turath sebagaimana yang dilakukan oleh para pengkaji

                       sebelum ini. Rasional pemilihan kitab Tashil berdasarkan sorotan literatur terdahulu


                       adalah seperti yang berikut:




                              i.     Kitab  Tashil  memang  mempersembahkan  bilangan  SQ  yang  begitu

                              banyak jika hendak dibandingkan dengan isi kandungannya yang amat ringkas

                              dan  terhad.  Kitab  ini  dibukukan  dalam  jumlah  37  muka  surat  sahaja


                              berbanding kitab-kitab tatabahasa Arab muktabar  yang lain. Alasan memilih

                              korpus atas sebab bilangan SQ yang banyak ini selari dengan kajian yang telah


                              dilakukan oleh Muhammad Khairul Faizi (1999).









                                                               91
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114