Page 112 - Nilai Shahid al-Quran
P. 112
demikian kerana pengaruh idea bahawa tatabahasa Arab bukan semata-mata
perbincangan kaedah yang jumud, sebaliknya mengandungi makna tertentu yang
menjadikan bahasa Arab itu indah (Al-Samarai, 2000). Keindahan susunan bahasa
Arab pula menjadikan al-Quran itu mukjizat, iaitu tidak dapat ditandingi
keindahannya oleh mana-mana ujaran bahasa Arab yang lain.
Kajian seperti ini telah memberikan nilai tambah yang baharu terhadap kajian SQ
bahkan ia membuka ruang yang lebih luas dalam bidang ini. Hal ini demikian kerana
kemungkinan besar SQ yang digunakan oleh para sarjana dalam karya mereka
sebenarnya ada mengandungi nilai tambah (value added) tertentu sebagai ilmu sisipan
yang dapat dikongsi bersama para pelajar di samping ilmu berkaitan kaedah
tatabahasa.
2.3 Kajian Nilai Dalam Tatabahasa Arab
Berdasarkan penelitian yang dilakukan ke atas kajian sebelum ini, kajian nilai dalam
tatabahasa Arab belum ditemui. Hal ini demikian kerana kajian sebelum ini lebih
menumpukan kepada permasalahan yang berlaku di sekitar kaedah semata-mata tanpa
c
melihat tatabahasa dari sudut pandangan luaran. Sebenarnya kitab Ma ani al-Nahw
karangan Dr. Fadil Al-Samarai (2000) telah cuba membawa pengajaran tatabahasa
keluar daripada fokus membincangkan kaedah tatabahasa semata-mata kepada makna
atau semantik di sebalik struktur tatabahasa itu sendiri.
Nilai adalah sesuatu yang difahami dengan betul atau salah, elok atau tidak elok,
cantik atau hodoh, berharga atau tidak berharga, tinggi atau rendah, mulia atau tidak
mulia. Seorang ahli falsafah mendefinisikan nilai sebagai suatu sifat atau kualiti yang
94