Page 119 - Nilai Shahid al-Quran
P. 119
yang dimiliki setiap pengkaji (Norliza & Eddin, 2009). Di sini perkataan nilai
digabung jalinkan bersama perkataan intelek bagi membentuk definisi nilai yang
dikehendaki.
Ada pula yang mengaitkan nilai dengan kenangan di sebalik sesuatu perkara, seperti
memberikan nilai ikhlas dan hati suci di sebalik pemberian sebuah cawan yang
dihadiahkan sempena hari guru sebagaimana catatan (Asraff & Azizan, 2015):
“Tetapi sampai sekarang saya simpan cawan itu. Nilai lebih mahal dari
lima juta ringgit kerana ia mengajar saya erti perkataan ikhlas dan hati
suci. Walaupun kerap dimarahi, pelajar ini tidak pernah menyimpan rasa
benci. Hatinya amat suci dan mulia.”
Perkataan nilai juga digabung jalinkan dengan perkataan yang membawa makna
negatif, contohnya nilai jahat, buruk, hodoh, hina, jahiliah dan sebagainya (Al-Jalad,
2013; Qamihah, 1984; Syed Alwi, 2010). Namun pada kebiasaan dalam tulisan yang
berkenaan, nilai membawa makna negatif ini digunakan bagi menjelaskan nilai yang
membawa makna positif. Sebagai contoh, bagi menjelaskan makna nilai Islam maka
dibawakan nilai jahiliah sebagai perbandingannya. Nilai yang baik sudah tentulah
dikehendaki berbanding nilai yang buruk dan hodoh.
Daripada perbincangan ini, perkataan nilai tidak dapat difahami dengan jelas
maksudnya melainkan jika ia digabung jalinkan dengan perkataan lain sama ada yang
membawa makna baik atau buruk, positif atau negatif. Hal ini bersesuaian dengan
makna nilai dari segi bahasa, iaitu harga, kadar, darjat, kualiti, mutu dan taraf. Sudah
semestinya setiap perkara ada yang berharga tinggi dan ada pula yang rendah
harganya. Begitu juga ada darjat yang tinggi dan rendah, kualiti tinggi dan rendah,
taraf baik dan buruk. Namun fitrah manusia sentiasa menghendaki yang baik-baik
101