Page 122 - Nilai Shahid al-Quran
P. 122

daripada  cara  membaca,  memahami,  mentadabbur  ayat-ayatnya,  meneliti

                               mukjizat  al-Quran  daripada  pelbagai  sudut  akan  melahirkan  seorang  yang


                               merasakan betapa al-Quran itu mempunyai nilai di sisinya.




                               ii.   Nilai  menerbitkan  perasaan  yang  mendalam,  iaitu  apabila  seseorang

                               mengetahui dengan ilmu betapa sesuatu itu mempunyai nilai sama ada baik


                               atau buruk, maka ia akan menerbitkan satu perasaan sama ada suka ataupun

                               benci  terhadap  perkara  berkenaan.  Sebagai  contoh  seseorang  yang

                               mengetahui dengan ilmu yang mendalam akan kelebihan dan manisnya nilai


                               iman,  sudah  tentu  timbul  perasaan  cinta,  kasih  dan  sayang  dalam  hatinya

                               terhadap  keimanannya  itu  bahkan  sanggup  memperjuangkannya  walaupun


                               nyawa  menjadi  taruhan.  Hal  ini  sebagaimana  contoh  peristiwa  Bilal  bin

                               Rabah  yang diseksa oleh tuannya dengan batu  di  padang pasir  yang panas


                               membara.     Namun     sejarah   mencatatkan    bahawa     Bilal   sanggup

                               mempertahankan iman yang dinikmati dalam jiwanya.




                               iii.   Nilai  melahirkan  tindakan  atau  perbuatan,  iaitu  apabila  sesuatu  itu


                               diyakini  dengan  ilmu,  dihayati  pula  dengan  perasaan  yang  mendalam

                               akhirnya sesuatu yang mempunyai nilai itu akan menerbitkan tindakan atau

                               perbuatan.  Ini  sejajar dengan  apa  yang dipercayai  dan dirasai  seperti kisah


                               Bilal di atas. Tindakan dan perbuatan yang lahir dari nilai itu pula bersifat

                               kekal, berterusan dan berulang-ulang. Ia juga dilakukan tanpa ada perasaan


                               jemu atau paksaan, tanpa mengira situasi dan keadaan.









                                                              104
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127