Page 125 - Nilai Shahid al-Quran
P. 125

ii.     Nilai  Islam  adalah  berdasarkan  kepada  tiga  dimensi  utama  agama

                              Islam, iaitu akidah, syariat dan akhlak.




                             iii.    Nilai  Islam  bebas  daripada  nilai  yang  membawa  kepada  makna  nilai


                              yang negatif kerana tidak ada perkara buruk yang dibawa oleh ajaran agama

                              Islam  (Qamihah,  1984).  Begitu  juga  tidak  ada  perkara  yang  bersifat  tidak


                              berharga dalam Islam, remeh temeh, sia-sia dan sebagainya (QS al-Mu‟minun,

                              23:115).




                       2.3.2.3   Ciri-ciri nilai yang dibawa oleh al-Quran

                       Al-Quran adalah sumber utama nilai  dalam Islam  kerana segala perbincangan  yang


                       terkandung  di  dalamnya  sama  ada  berkaitan  akidah,  syariat  dan  akhlak  adalah

                       bersumberkan  wahyu  Allah  S.W.T.  Masyarakat  hari  ini  telah  melihat  kepentingan


                       nilai  yang  dibawa  oleh  al-Quran  dan  kepentingan  beramal  dengannya  (Abu  Bakar,

                       2013).




                       Seseorang  yang  sentiasa  beramal  dengan  al-Quran  pada  kebiasaannya  akan


                       dipengaruhi  dengan  nilai  yang  dibawa  oleh  al-Quran  tersebut.  Pengakuan  seorang

                       hafiz al-Quran, ustaz Asraff Ayob secara  langsung mengaitkan nilai  akhlak dengan

                       ayat  al-Quran  yang  tersimpan  dalam  dadanya.  Beliau  memberikan  contoh  dalam


                       membicarakan  tentang  ikhlas,  di  samping  menceritakan  perihal  manusia  berkaitan

                       nilai murni tersebut, beliau langsung teringatkan petikan al-Quran surah al-Insan ayat


                       9-10  (Asraff  &  Azizan,  2015).  Hal  ini  demikian  kerana  bayangan  al-Quran  telah

                       menaungi perkara baik sebagai nilai yang tertanam kejap di dalam diri seseorang itu.






                                                              107
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130