Page 128 - Nilai Shahid al-Quran
P. 128
iii. Mudah dan mesra.
Al-Quran sendiri menegaskan bahawa ia mudah kepada mereka yang ingin
berinteraksi dengannya (QS Maryam, 19:97; al-Dukhan, 44:58; al-Qamar,
54:17,22,32,40). Contohnya ramai yang mampu menghafal keseluruhan isi al-
Quran 30 juzuk berbanding buku yang lain. Selain itu al-Quran juga mesra
boleh didapati di mana-mana, sama ada secara fizikal mahupun dalam bentuk
digital. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa nilai yang terkandung
dalam al-Quran juga turut mudah untuk dihayati dan ia sangat mesra di mana-
mana wujudnya orang Islam yang mengamalkan al-Quran. Sebagai contoh,
pengakuan Aishah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah al-Quran yang
bergerak.
2.3.3 Sorotan ringkas kajian nilai
Telah banyak kajian berkaitan nilai yang dilakukan merentas pelbagai bidang dan
disiplin ilmu. Kajian nilai telah menjadi begitu popular dalam bidang sosiologi dan
antropologi. Walaupun begitu, kajian nilai juga sering dibincangkan dalam bidang-
bidang lain seperti bidang pendidikan, komunikasi, bahasa, budaya dan kesusasteraan.
Antara objektif yang kerap menjadi tumpuan pengkaji nilai ialah kajian mengenai
penyenaraian contoh nilai (sama ada yang negatif ataupun yang positif), kajian strategi
dan pelaksanaan nilai dan kajian mengenai kesan-kesan nilai terhadap masyarakat
(Hishamudin & Norsimah, 2009).
Namun kajian ini akan menyorot beberapa kajian nilai yang akan menyumbang
kepada kemenjadian kajian ini sahaja. Perbincangan sorotan ringkas kajian nilai akan
110