Page 133 - Nilai Shahid al-Quran
P. 133
Daripada sorotan kajian penerapan nilai tersebut, didapati bahawa penerapan nilai
khusus untuk sesuatu bidang hanya dapat dilakukan sekiranya nilai-nilai tersebut
terlebih dahulu diterokai dalam bidang berkenaan. Walau bagaimanapun, kajian
penerapan nilai pendidikan umum (nilai murni) masih boleh dijalankan ke atas semua
aktiviti pendidikan merentas semua bidang ilmu.
2.3.3.3 Kajian impak nilai.
Jadual 2.2 turut menunjukkan bahawa terdapat kajian impak yang mengaitkan
pencapaian akademik sekumpulan pelajar dengan nilai pendidikan agama secara
langsung. Kajian ini dijalankan ke atas 500 orang pelajar sekolah menengah yang
terdiri daripada sekolah kerajaan dan swasta di daerah Riyadh, Arab Saudi. Kajian ini
telah menggunakan tema nilai pendidikan umum yang dikaitkan dengan Pendidikan
Islam. Kajian ini juga telah menyenaraikan lapan jenis nilai murni dalam diri pelajar
yang menjadi fokus kajian, iaitu nilai ikhlas, nilai pentingkan masa, nilai takutkan
Allah, nilai suci jiwa dan menjauhi maksiat, nilai sabar dalam menuntut ilmu, nilai
menghargai ilmu, nilai warak dan nilai kejujuran (al-sidq) (Ahmad, 2010).
2.3.3.4 Kajian nilai dalam tatabahasa Arab
Berdasarkan sorotan kajian nilai yang dilakukan, belum terdapat kajian berkaitan
penerokaan, penerapan atau kesan nilai dalam bidang tatabahasa Arab, khususnya
bidang SQ. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada ciri-ciri nilai dalam Islam dan
nilai yang dibawa oleh al-Quran sebagaimana yang disebutkan terdahulu, kajian ini
akan cuba meneroka nilai SQ yang digunakan dalam tatabahasa Arab.
115