Page 134 - Nilai Shahid al-Quran
P. 134
2.3.4 Nilai SQ Dalam Tatabahasa Arab
2.3.4.1 Definisi istilah nilai SQ
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa sesuatu perkara yang dianggap
berkualiti dan mempunyai penilaian yang tinggi oleh seseorang atau bidang, akan
disandarkan kepada perkataan nilai. Sandaran ini akan membentuk satu istilah baharu
yang dapat berdiri dengan sendiri sebagai satu nilai. Oleh yang demikian, istilah nilai
SQ dalam bidang tatabahasa Arab bermaksud SQ yang digunakan dalam perbincangan
tatabahasa telah dianggap sebagai sesuatu yang berkualiti dan mempunyai nilai yang
tinggi.
Nilai SQ ini sangat dikehendaki oleh para pendokong tatabahasa apabila mereka
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam penggunaannya, bahkan merasa puas
malah bangga apabila berinteraksi dengannya. Mereka turut menjadikan penggunaan
SQ sebagai suatu yang konsisten dalam amalan yang berkaitan tatabahasa sama ada
melalui pengajaran verbal ataupun penulisan.
Oleh itu, secara ringkasnya definisi istilah bagi nilai SQ bermaksud satu prinsip
berasaskan ilmu berkaitan SQ yang dapat menerbitkan perasaan suka, sayang dan
cinta dalam diri, kemudian dizahirkan melalui tindakan mengaplikasikan SQ secara
konsisten dan berterusan dalam amalan melibatkan PdPc tatabahasa Arab sama ada
dalam bentuk penulisan atau syarahan.
116