Page 137 - Nilai Shahid al-Quran
P. 137

Tiga sub-tema nilai SQ yang pertama, iaitu nilai akidah, syariat dan akhlak bermaksud

                       apabila al-Quran digunakan sebagai  shahid tatabahasa, maka tiga sub-tema nilai ini


                       sepatutnya  diterapkan  bersama.  Hal  ini  kerana  nilai  akidah  mengajar  manusia

                       mengenal  siapa  tuhan  mereka,  nilai  syariat  mengajar  bagaimana  untuk  beramal


                       manakala nilai akhlak mengajar untuk mengenali diri sendiri (Asraff & Azizan, 2015).




                       Rentetan itu, sub-tema nilai akidah boleh dikesan melalui SQ yang membincangkan

                       sub  sub-tema  nilai  akidah  berdasarkan  kepada  enam  rukun  iman,  iaitu  nilai

                       kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qada‟ dan Qadar.


                       Sub-tema nilai ibadah boleh dikesan melalui SQ yang membincangkang sub sub-tema

                       nilai  syariat  berdasarkan  kepada  lima  rukun  Islam  yang  utama,  iaitu  shahadatayn,


                       solat, puasa, zakat dan haji, serta syariat Islam dari aspek kekeluargaan (munakahat),

                                           c
                       kemasyarakatan (mu amalat) dan jenayah. Sub-tema nilai akhlak pula boleh dikesan

                       melalui SQ yang membincangkan sub tema akhlak Islam yang merangkumi sifat jujur,

                       ikhlas, amanah, benar, baik sangka dan sebagainya.




                       Seterusnya sub nilai pengaruh boleh dikesan melaui semantik SQ yang terlibat huraian

                                                                              c
                                                                                                         c
                                                                                            c
                       mukjizat ayat al-Quran yang dipetik sebagai SQ, iaitu i jaz al-rasm, i jaz al-tashri ,
                       c
                                        c
                              c
                       i jaz al- ilm dan i jaz al-ta‟thir (Ali Yahya, 2015; Nasrullah, 2015; Shamlul, 2006).
                       Mengkaji  semantik  daripada  ayat-ayat  al-Quran  bukanlah  percubaan  yang  baharu

                       malah  ia  telah  menarik  perhatian  ramai  pengkaji  yang  ingin  mengkaji  keindahan,

                       keelokan  dan  kehebatan  perkataan  ataupun  susunan  al-Quran  (Al-Samarai,  2003).


                       Bahkan  sebahagian  sarjana  telah  menyarankan  bahawa,  untuk  memahami  al-Quran

                       sudah tentulah melalui pendekatan kajian semantik lafaznya (al-Sifar, 2012).






                                                              119
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142