Page 142 - Nilai Shahid al-Quran
P. 142
Dimensi yang pertama menghuraikan taburan SQ berdasarkan susunan tajuk dalam
korpus kajian dan susunan surah dalam al-Quran (Zamri, 2010). Manfaat yang
diperolehi daripada dimensi ini adalah mengetahui tajuk dan surah yang banyak
melibatkan penggunaan SQ ataupun sebaliknya.
Dimensi yang kedua adalah menghuraikan paten penggunaan SQ. Paten-paten
penggunaan SQ sebagaimana yang dinyatakan dalam kedua-dua kajian tersebut adalah
SQ yang digunakan secara bersendirian, SQ yang digunakan bersama shahid lain dan
SQ yang digunakan bersama contoh.
Walau bagaimanapun, masih terdapat satu lagi paten penggunaan SQ, iaitu SQ yang
c
digunakan bersama i rab. Paten ini tidak disebutkan dalam kedua-dua kajian tersebut
tetapi ia wujud dalam korpus tatabahasa yang lain (Qasim, 2004; Zamri et al., 2015).
Oleh yang demikian, keempat-empat paten penggunaan SQ tersebut yang
dibincangkan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
3.2.1 SQ digunakan secara bersendirian
SQ yang digunakan secara bersendirian bermaksud, penggunaan SQ yang tidak
diiringi oleh shahid jenis lain, sama ada qiraat, syair, Hadis, prosa ataupun contoh
ciptaan pengarang sendiri dalam menjelaskan kaedah tatabahasa. SQ yang digunakan
secara bersendirian ini pula terbahagi kepada penggunaan satu SQ, dua SQ, tiga SQ
c
malah Ibn Aqil menggunakan sehingga empat SQ berturut-turut (Zamri, 2010).
124