Page 141 - Nilai Shahid al-Quran
P. 141

BAB 3




                           KONSEP NILAI SHAHID AL-QURAN DALAM TATABAHASA ARAB




                       3.1  Pengenalan

                       Bab ini akan menjelaskan secara terperinci konsep kajian nilai SQ dalam tatabahasa


                       Arab yang boleh dimanfaatkan dalam kajian ini. Terdahulu disebutkan bahawa kajian

                       akan menelusuri aspek kajian SQ yang telah dijalankan sebelum ini, dengan tambahan

                       satu  aspek  baharu,  iaitu  nilai.  Aspek-aspek  kajian  lepas  yang  akan  dimanfaatkan


                       dalam  kajian  ini  ialah  pola,  fungsi,  tawjih  dan  semantik  SQ.  Oleh  yang  demikian,

                       setiap  satu  aspek  kajian  SQ  tersebut  akan  diperjelaskan  terlebih  dahulu  mengikut


                       susunan yang berikut:




                       3.2  Pola SQ

                       Kajian pola SQ telah dilakukan oleh Dajlan (1987) terhadap metodologi kitab Sharh

                           c
                       Ibn  Aqil. Dapatan daripada kajian beliau telah dijadikan panduan oleh Zamri (2010)

                                                                                           c
                       untuk melakukan kajian perbandingan pola SQ dalam kitab Sharh Ibn  Aqil dan kitab

                       Sharh  Qatr  al-Nada  wa  Ball  al-Sada  dengan  memfokuskan  kajian  dalam  bab  al-

                             c
                       Marfu at sahaja.



                       Daripada kedua-dua kajian tersebut, Dajlan (1987) dan Zamri (2010) sememangnya

                       telah menghuraikan secara deskriptif pola  SQ  yang digunakan dalam korpus  kajian


                       masing-masing. Kajian pola SQ terbahagi kepada dua dimensi, iaitu taburan SQ dan

                       paten penggunaan SQ.
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146