Page 145 - Nilai Shahid al-Quran
P. 145

3.2.5   Nilai pola SQ

                       Aspek nilai pola SQ  yang ditinggalkan oleh para pengkaji terdahulu menarik untuk


                       dikaji.  Kemungkinan  ada  beberapa  nilai  pendidikan  secara  umum  di  sebalik

                       penggunaan pola SQ oleh guru atau pengajar tatabahasa yang boleh diterokai. Hal ini


                       kerana pola SQ adalah berkait secara langsung dengan kepelbagaian penggunaannya.

                       Nilai pendidikan secara umum telah dibincangkan dalam kajian Mohd Uzi (2007).




                       Nilai  pendidikan  secara  umum  dapat  dikeluarkan  melalui  kepelbagaian  pola

                       penggunaan SQ. Nilai-nilai berkenaan adalah seperti kreativiti, amanah dan kejujuran,


                       akademik, kebebasan, keharmonian dan nilai-nilai murni pendidikan umum yang lain.




                       3.3  Fungsi SQ

                       Kajian fungsi SQ telah dilakukan oleh beberapa orang sarjana tatabahasa sebelum ini


                       (Al-Awadi  &  al-Asadi,  2010;  al-Jasim,  2014;  Zamri  et  al.,  2015;  Zamri,  2010).

                       Namun analisis fungsi SQ dalam kajian Zamri (2010) dilihat lebih terperinci kerana


                       kajian  berkenaan  telah  menyenaraikan  contoh  secara  jelas  bagi  setiap  fungsi  yang

                       dikesan. Selain itu, kajian tersebut dilakukan secara perbandingan berdasarkan bab al-

                             c
                                                                                     c
                       Marfu at sahaja dalam dua buah korpus, iaitu kitab Sharh Ibn  Aqil dan kitab Sharh
                       Qatr al-Nada wa Ball al-Sada menjadikan dapatan kajian lebih fokus. Kajian tersebut

                       mendapati sebanyak 11 fungsi SQ ditemui dalam korpus yang pertama, manakala 17


                       fungsi  SQ  pula  dalam  korpus  yang  kedua.  Fungsi-fungsi  SQ  tersebut  telah

                       dikategorikan  kepada  tiga  bentuk  utama,  iaitu  dalil  kaedah  tatabahasa,  penyokong


                       hujah tatabahasa dan contoh kaedah tatabahasa.









                                                              127
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150