Page 144 - Nilai Shahid al-Quran
P. 144

3.2.3   SQ yang diguna bersama contoh

                       SQ yang diguna bersama contoh bermaksud penggunaan SQ bersama contoh ciptaan


                       pengarang itu sendiri dalam menjelaskan kaedah tatabahasa. Penggunaan SQ tersebut

                       juga ada yang didahulukan dan ada pula yang dikemudiankan.




                       3.2.3.1  SQ didahulukan


                       SQ  didahulukan  bermaksud  SQ  yang  digunakan  mendahului  contoh  ciptaan

                       pengarang  dalam  menjelaskan  tatabahasa.  Paten  penggunaan  SQ  dalam  bentuk  ini

                       datang sama ada menggunakan satu SQ dengan satu contoh, dua atau lebih SQ dengan


                       satu contoh ataupun lebih.




                       3.2.3.2  SQ yang dikemudiankan

                       SQ yang dikemudiankan bermaksud penggunaan SQ yang menyusuli contoh ciptaan


                       pengarang sendiri dalam menjelaskan tatabahasa. Paten penggunaannya sama ada satu

                       SQ digunakan selepas satu contoh, dua atau lebih  SQ di belakang satu contoh atau


                       lebih.



                                            c
                       3.2.4   SQ bersama i rab

                                    c
                       SQ bersama i rab merupakan salah satu pola yang ditinggalkan oleh kajian sebelum
                       ini.  Sedangkan  dalam  buku-buku  tatabahasa,  ada  ketikanya  pengarang  melakukan


                       c
                                                                                                  c
                       i rab  SQ  yang  digunakan  dan  meninggalkannya  pada  ketika  yang  lain.  I rab  SQ
                                                c
                                                                                 c
                       tersebut pula melibatkan i rab keseluruhan shahid ataupun i rab fokus kepada shahid
                               c
                       sahaja (i rab mawtin al-shahid). Kedua-dua bentuk penggunaan ini membentuk satu

                       pola berasingan yang boleh diambil kira dalam kajian pola SQ yang akan dilakukan.






                                                              126
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149