Page 143 - Nilai Shahid al-Quran
P. 143

3.2.2   SQ diguna bersama shahid lain

                       SQ  diguna  bersama  shahid  lain  bermaksud  penggunaan  SQ  bersama  qiraat,  syair,


                       Hadis dan prosa Arab dalam menjelaskan kaedah tatabahasa. Penggunaan SQ tersebut

                       pula ada yang didahulukan dan ada yang dikemudiankan.




                       3.2.2.1  SQ didahulukan


                       SQ didahulukan bermaksud SQ yang digunakan itu mendahului shahid daripada jenis

                       yang  lain  dalam  menjelaskan  tatabahasa.  Paten  penggunaan  SQ  dalam  bentuk  ini

                       datang sama ada menggunakan satu SQ dengan satu shahid lain, dua atau lebih SQ


                       dengan satu shahid lain ataupun lebih.




                       3.2.2.2  SQ yang dikemudiankan

                       SQ  yang  dikemudiankan  bermaksud  penggunaan  SQ  yang  menyusuli  shahid  lain


                       dalam  menjelaskan  tatabahasa.  Paten  penggunaannya  sama  ada  satu  SQ  digunakan

                       selepas satu shahid lain, dua atau lebih SQ digunakan di belakang satu shahid lain atau


                       lebih.




                       Masih belum terdapat kajian khusus dibuat untuk menghuraikan kenapa sesuatu SQ

                       itu didahulukan daripada shahid lain dan begitu juga sebaliknya. Namun Zamri (2010)

                       mendapati Ibn Hisham komited mendahulukan SQ apabila digunakan bersama shahid


                                                            c
                       syair berdasarkan kajian bab al-Marfu at dalam kitab Sharh Qatr al-Nada wa Ball al-
                       Sada,  bahkan  pada  kebanyakan  tempat  Ibn  Hisham  mendahulukan  SQ  berbanding


                       shahid  daripada  jenis  yang  lain.  Usaha  Ibn  Hisham  tersebut    dikatakan  bagi

                       menyediakan  kefahaman  masyarakat  terhadap  syariat  agama  Islam  melalui


                       persembahan tatabahasa.



                                                              125
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148