Page 146 - Nilai Shahid al-Quran
P. 146

Walau  bagaimanapun,  beberapa  fungsi  dalam  setiap  kategori  yang  disebut  dalam

                       kajian tersebut boleh dinamakan sebagai fungsi SQ yang utama manakala selebihnya


                       diletakkan di bawah fungsi lain SQ. Asas menamakan fungsi SQ yang utama kerana

                       fungsi  berkenaan dikesan dalam setiap korpus  kajian  yang terlibat  manakala fungsi


                       yang hanya dikesan dalam sesuatu korpus sahaja tetapi tidak terdapat dalam korpus

                       yang  lain  dijadikan  asas  bagi  menamakannya  sebagai  fungsi  lain  SQ.  Setiap  satu


                       daripada kedua-dua kajian fungsi SQ dalam kajian ini dihuraikan seperti berikut:



                       3.3.1   Fungsi SQ yang utama


                       Fungsi SQ yang utama adalah SQ yang digunakan sebagai dalil kaedah, penyokong

                       hujah dan contoh kaedah dalam tatabahasa.




                       3.3.1.1  SQ sebagai dalil kaedah tatabahasa.


                       SQ  yang  berfungsi  sebagai  dalil  kaedah  tatabahasa  digunakan  bagi  menyatakan

                       bahawa kaedah tatabahasa itu sama ada berstatus wajib, harus, tidak harus, beramal,


                       tidak beramal dan banyak dalam tatabahasa atau biasa dalam tatabahasa.




                       Sebagai contoh, penggunaan SQ  yang berfungsi sebagai dalil wajib ke atas sesuatu

                                                                            c
                                                              c
                       kaedah tatabahasa hadir dalam bab al-fa il apabila Ibn  Aqil membincangkan keadaan
                                                            c
                       di  mana  wajib  digugurkan  sesuatu  fi l  apabila  telah  ada  tanda  yang  menunjukkan

                       kepadanya di dalam sesuatu ayat tatabahasa (Zamri, 2010).
















                                                              128
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151