Page 138 - Nilai Shahid al-Quran
P. 138
Sebagai contoh, penggunaan lafaz yang membawa makna hujan dalam al-Quran
adalah pelbagai, iaitu al-matar, al-ghayth, al-sayyib, al-wabil, al-tall, al-wadq, al-ma‟
dan al-husban (Al-Bakri, 2012). Sudah tentu ketelitian al-Quran dalam penggunaan
perkataan tersebut setiap satunya sesuai dengan maksud tertentu malah mengandungi
nilai mukjizat yang mempengaruhi jiwa manusia.
Penggunaan SQ dengan fungsi dan tawjih yang berbeza-beza pula dapat membentuk
sub-tema nilai akademik. Hal ini demikian kerana pemilihan SQ yang sesuai dengan
fungsi atau tawjih menggambarkan pengetahuan mendalam sesuatu topik sehingga
c
mampu mengabung jalinkan di antara ilmu aqli dan naqli. Malah aspek kedalaman,
kesepaduan dan islamisasi ilmu juga boleh membentuk sub tema nilai akademik
kerana ia dijadikan asas mengukur tahap inteletual seseorang sarjana sebagaimana
cadangan Noor Hisham (2015).
Seterusnya penilitian kepada pola SQ boleh membentuk sub-tema nilai mudah. Hal ini
kerana kepelbagaian pola SQ boleh terkandung bersamanya nilai kreativiti dan
inovasi. Amalan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran amat penting dititikberatkan
bagi memudahkan proses pembelajaran dan menghilangkan kebosanan dalam diri
pelajar (Muhamad Zaki et. al., 2013; Siti Faizzatul Aqmal & Razali, 2011).
Akhir sekali penggunaan SQ yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran yang selalu
diamalkan dalam kehidupan seseorang Muslim sehari-hari boleh membentuk sub-tema
nilai mesra. Sebagai contoh, SQ yang dipetik daripada ayat-ayat zikir, wirid, doa atau
amalan terapi dan pendinding diri. Walaupun pelajar tatabahasa bukan daripada
kalangan penutur jati bahasa Arab, bahkan mereka tidakpun memahami makna,
120