Page 135 - Nilai Shahid al-Quran
P. 135
2.3.4.2 Ciri-ciri nilai SQ
Ciri-ciri nilai SQ boleh diterokai daripada aplikasi ciri-ciri nilai secara umum, ciri-ciri
nilai dalam Islam dan ciri-ciri nilai yang dibawa oleh al-Quran sebagaimana yang
telah dibincangkan sebelum ini. Ciri-ciri nilai SQ tersebut dihuraikan seperti berikut:
i. Ketinggian dan ketepatan ilmu.
Ilmu adalah salah satu ciri penting nilai. SQ adalah ilmu yang bersumberkan
wahyu Allah S.W.T dan bersifat dengan ketinggian dan ketepatan (rabbani).
ii. Kesucian atau kekudusan.
SQ adalah satu ayat, potongan ayat atau beberapa ayat yang dipetik daripada
al-Quran yang suci. Oleh sebab itu para ulama Islam termasuk ulama
tatabahasa telah menggunakan isyarat khusus sebagai tanda hormat apabila
c
c
memetik ayat al-Quran seperti “qawluhu Ta ala”, “mithli qaulihi Ta ala”, “ka
qaulihi Subhanahu” dan sebagainya.
iii. Pengaruh mukjizat al-Quran.
Pemilihan perkataan atau susunan (tarkib) yang paling sesuai dalam al-Quran
telah memberikan nilai pengaruh SQ. Pengaruh tersebut lahir dari sudut
c
c
c
c
pandang mukjizat al-Quran, iaitu i jaz al-rasm, i jaz al-tilawah, i jaz al- ilm
c
dan i jaz ta‟thiri. Pengaruh mukjizat al-Quran mampu membentuk perasaan
kasih yang mendalam terhadap SQ selain perasaan tunduk, akur, patuh dan
pasrah. (Ali Yahya, 2015; Mohammad Asraff, 2010).
117