Page 131 - Nilai Shahid al-Quran
P. 131
yang melakukan kajian penerokaan nilai di samping ada juga yang melakukan kajian
penerapan dan kesan nilai dalam bidang masing-masing. Dari sudut metodologi,
didapati bahawa pendekatan kajian kualitatif telah mendominasi kajian nilai tersebut.
Kaedah pengumpulan data kajian nilai yang digunakan oleh para pengkaji pula sama
ada analisis dokumen, analisis kandungan, pemerhatian ataupun temu bual. Didapati
kajian penerokaan nilai dibuat dengan melibatkan keempat-empat kaedah
sebagaimana yang disebutkan, manakala kajian penerapan nilai pula menggunakan
kaedah pemerhatian dan temu bual sahaja. Hal ini demikian kerana kajian penerapan
nilai adalah berdasarkan sejumlah nilai yang sedia diterokai berbanding kajian
penerokaan nilai.
2.3.3.1 Kajian penerokaan nilai
Jadual 2.2 menunjukkan bahawa kajian penerokaan nilai telah banyak dilakukan
dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Setiap kajian akan menemukan beberapa
tema nilai yang tertentu mengikut bidang dan data kajian masing-masing. Didapati
juga pengaruh keagamaan dilihat mendasari penemuan-penemuan tema nilai seperti
nilai ketuhanan, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kewarganegaraan
(Mohd. Yazid, 2005) nilai taubat nasuha, perubahan tingkah laku, kejujuran, ketaatan
(Ali Imran, 2005) ataupun penemuan nilai yang dikategorikan dengan tema lebih
besar, iaitu dengan tema nilai murni atau nilai akhlak (Al-Ghamidi, 2002; Misbakhul
Munir, 2012). Hal ini demikian kerana kesemua tema nilai sebagaimana yang
disebutkan itu merupakan inti pati kepada ajaran agama yang dianuti oleh seseorang.
113