Page 136 - Nilai Shahid al-Quran
P. 136
iv. Fitrah semula jadi kemanusiaan.
Al-Quran diturunkan sebagai rujukan umat manusia yang secara tidak
langsung dapat memenuhi fitrah semula jadi manusia. Oleh itu SQ dapat
memandu akal ke arah kebijaksanaan dengan ilmu dan pada masa yang sama
kandungannya boleh dijadikan penawar daripada segala penyakit zahir
mahupun batin. Selain itu, SQ turut berupaya membentuk akhlak murni
manusia sejagat.
v. Mudah dan mesra.
SQ adalah bersifat mudah kerana al-Quran yang dipermudahkan kepada
manusia. Begitu juga SQ turut bersifat mesra kerana ia boleh dicapai di mana-
mana sama ada secara fizikal atau digital dan al-Quran terbukti mesra
merentasi sempadan masa dan tempat.
2.3.4.3 Tema nilai SQ
Tema nilai SQ bermaksud satu set tema yang akan dijadikan sandaran dan panduan
kepada kajian ini. Berdasarkan sorotan literatur yang disebutkan sebelum ini, terdapat
lima tema yang boleh dijadikan tema utama nilai SQ, iaitu TI, pengaruh, akademik,
mudah dan mesra. Nilai TI boleh terhasil daripada tiga sub-tema nilai TI SQ, iaitu
c
nilai akidah, syariat dan akhlak. Nilai Pengaruh terhasil daripada kajian i jaz al-Quran
yang melibatkan semantik SQ. Nilai akademik terhasil daripada penelitian fungsi SQ,
manakala nilai mudah dan mesra pula terhasil daripada penggunaan SQ yang
memudahkan PdPc bahasa Arab ataupun petikan SQ daripada ayat atau surah yang
sudah mesra kepada para pelajar.
118