Page 140 - Nilai Shahid al-Quran
P. 140

secara terperinci  kedua-dua terma dari segi  definisi dan ciri-ciri  yang berkaitan.  Di

                       samping itu, perbincangan turut melibatkan kajian-kajian lampau berkaitan kedua-dua


                       tema  bagi  meneliti  lompang  yang  ditinggalkan  oleh  kajian  yang  terdahulu  untuk

                       dipenuhi.




                       Sehubungan  dengan  itu,  didapati  kajian  nilai  SQ  wajar  dilakukan  memandangkan


                       ianya masih tidak mendapat perhatian para pengkaji walaupun meraka telah banyak

                       melakukan kajian ke atas SQ. Kajian ke atas nilai SQ ini akan membantu pengkaji

                       memberi  jawapan  yang  empirikal  kepada  persoalan  tentang  ketinggian  penggunaan


                       SQ  dalam  PdPc  tatabahasa  Arab.  Ketinggian  SQ  yang  digunakan  itu  adalah  pada

                       nilainya  sama  ada  nilai  TI,  pengaruh,  akademik,  mudah  atau  mesra  yang  dapat


                       diterapkan bersama oleh seorang guru kepada muridnya semasa sesi PdPc tatabahasa.




                       Dengan  lain  perkataan,  di  samping  seorang  murid  dapat  meningkatkan  penguasaan

                       ilmu tatabahasa, mereka turut sama dihidangkan dengan nilai Islam dan nilai al-Quran


                       yang diterap melalui penggunaan SQ. Dengan itu, barulah murid akan lebih faham dan

                       mengerti  kepentingan  sebenar  mereka  mempelajari  tatabahasa  Arab  yang  bukan


                       sahaja  bertujuan  untuk  memahirkan  mereka  dengan  gaya  bahasa  sebaliknya  turut

                       memahami maksud tersirat daripada keindahan al-Quran.




                       Kesimpulannya, SQ mungkin tidak boleh lagi dilihat sebagai dalil kaedah tatabahasa

                       semata-mata, malah lebih daripada itu ia adalah satu istilah yang mengandungi nilai


                       tertentu.









                                                              122
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145