Page 395 - Nilai Shahid al-Quran
P. 395
dalam setiap cabang bidang ilmu berkenaan terutama bahasa Arab yang
dianggap sebagai anak kunci (ilmu alat) untuk memahami sumber yang lain.
6.7 Penutup
Bab ini telah membincangkan ringkasan kajian yang memuatkan soalan, reka bentuk
dan dapatan kajian. Turut dimuatkan perbincangan dapatan kajian yang
mengetengahkan sumbangan SA kepada pendidikan tatabahasa di Nusantara,
pengaruh kitab Tashil yang berterusan sehingga ke abad-21 dan tiga teras utama nilai
SQ, iaitu akidah, tadabbur al-Quran dan kreativiti dan inovasi.
Secara keseluruhannya kajian ini berjaya menunjukkan bahawa aspek nilai SQ
sememangnya wujud dalam pengajian tatabahasa menerusi penghasilan karya sarjana
dalam bidang ini. Nilai SQ terutama Thaqafah Islamiyyah telah berjaya membekalkan
input keagamaan di samping pengajian tatabahasa. Input agama ini pula dianggap
sebagai pemangkin dan motivasi yang berkesan dalam diri pelajar demi menjayakan
hasrat mempelajari bahasa Arab bagi mendalami isi kandungan al-Quran.
377