Page 391 - Nilai Shahid al-Quran
P. 391

6.5.4   Kitab Tashil edisi semakan SQ

                       Kitab  Tashil  edisi  semakan  SQ  merupakan  satu  sumbangan  yang  terhasil  daripada


                       proses pemerhatian yang dijalankan ke atas kelas pengajian kitab ini di sepanjang di

                       sepanjang tempoh kajian. Cetakan kitab Tashil edisi ini mempersembahkan huraian


                       yang  dibantu  bariskan  di  samping  takhrij  kesemua  SQ  dan  Hadis  Rasulullah  s.a.w

                       yang  terdapat  di  dalamnya.  Usaha  ini  mendapat  sambutan  dalam  kalangan  pelajar


                       kerana  persembahannya  memudahkan  mereka  mengikuti  pengajian  dengan  lebih

                       berkesan.  Di  samping  itu,  cetakan  edisi  ini  juga  dibuat  dalam  bentuk  wakaf  turut

                       membuka  peluang  masyarakat  untuk  sama-sama  menyumbang  ke  arah


                       menyemarakkan lagi pengajian kitab turath yang dilakukan sehingga kini.




                       6.6  Cadangan kajian

                       Berdasarkan  dapatan,  perbincangan  dan  implikasi  yang  terhasil  daripada  kajian  ini,


                       dicadangkan beberapa perkara berikut untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang

                       berkenaan sebagai meneruskan kesinambungan hasil kajian ini.




                       6.6.1   Cadangan kajian lanjutan


                       Hasil kajian ini telah membuka ruang kajian yang lebih lanjut dilakukan dalam bidang

                       pengajian  tatabahasa  Arab  di  Nusantara  secara  umumnya  dan  kajian  nilai  dalam

                       bidang  ini  secara  khususnya.  Antara  kajian  yang  mempunyai  kewajaran  untuk


                       dilakukan bagi meneruskan kesinambungan penyelidikan ini ialah:




                               i.    Kajian  pengembangan  dan  penerapan  nilai  SQ  dalam  pendidikan

                               tatabahasa Arab merentasi  semua peringkat  pengajian sama ada di  sekolah


                               ataupun institusi pengajian tinggi.



                                                              373
   386   387   388   389   390   391   392   393   394   395   396