Page 387 - Nilai Shahid al-Quran
P. 387

6.4.2.2  Implikasi inovasi PdPc bahasa Arab berbantukan SQ

                       Sebagaimana  yang  disebutkan  sebelum  ini  bahawa  inovasi  PdPc  bahasa  Arab


                       berbantukan SQ telah dijalankan oleh al-Anzi (2002) dan Zamri et. al. (2012). Namun

                       begitu,  kedua-dua  kajian  tersebut  masih  belum  menyentuh  aspek  nilai  yang  boleh


                       diterapkan dalam aktiviti PdPc berkenaan malah inovasi berkenaan belum diberikan

                       perhatian secara serius di pelbagai lapisan masyarakat.




                       Oleh  hal  yang  demikian,  kajian  berpendapat  bahawa  inovasi  PdPc  bahasa  Arab

                       berbantukan SQ patut diberikan perhatian  yang sewajarnya bermula dari penggubal


                       dasar  pendidikan  di  peringkat  KPM  dan  IPT  sehingga  kepada  para  ibu  bapa  dan

                       masyarakat. Bahkan inovasi PdPc berbantukan SQ bukan sahaja boleh diaplikasikan


                       dalam bidang bahasa Arab tetapi meliputi kesemua bidang disiplin ilmu seperti yang

                       dilakukan oleh Saipulbahrin (2014) dalam bidang biodiesel yang merupakan cabang


                       penerokaan sains tauhidik melalui al-Quran (Nor Syamimi, 2016).




                       Inovasi PdPc berbantukan SQ akan membuka ruang tadabbur al-Quran meliputi aspek

                       c
                       i jaz  tulisan,  bacaan,  gaya  bahasa,  sains  tauhidik  dan  sebagainya  dijangka  akan

                       mempengaruhi jiwa pelajar dan menyuntik motivasi mereka. Aspek mukjizat al-Quran

                       ini menjadi  teras kepada motif agama kerana mukjizat  al-Quran mencabar manusia

                       memperoleh  sebanyak  yang  mungkin  ilmu  pengetahuan,  kemahiran,  penerokaan


                       sehingga  ke  hari  Kiamat.  Kamarul  Shukri  (2010)  dan  Kaseh  et.  al  (2011)

                       membuktikan bahawa motif agama sememangnya menjadi antara motivasi berkesan


                       dalam proses mendapatkan ilmu.









                                                              369
   382   383   384   385   386   387   388   389   390   391   392