Page 383 - Nilai Shahid al-Quran
P. 383

menjernihkan hati malah dapat menyediakan seseorang yang kaya dengan kosa kata.

                       Hal ini demikian kerana al-Quran mengandungi 114 surah, dipersembahkan dalam 30


                       juzuk  dengan  jumlah  ayatnya  lebih  daripada  6236  manakala  perkataannya  pula

                       mencapai angka 77,934 (Al-Suyuti, 1996).




                       Tema kedua yang terkandung di bawah nilai mudah SQ adalah inovasi. Semenangnya


                       inovasi pengajaran tatabahasa berasaskan al-Quran turut mendapat perhatian beberapa

                       sarjana dalam bidang ini. Sebagai contoh, Zamri et. al. (2012) menghasilkan inovasi

                       pengajaran  bahasa  Arab  berbantukan  SQ  yang  telah  diuji  keberkesanannya  kepada


                       murid  sekolah  rendah  di  Daerah  Besut,  Terengganu.  Selain  itu  juga,  kesan

                       penggunaan  SQ  ke  atas  pencapaian  murid  sekolah  rendah  turut  diperolehi  secara


                       signifikan  oleh  al-Anzi  (2002)  yang  melakukan  inovasi  pengajaran  tatabahasa

                       berbantukan SQ di Arab Saudi.




                       Tuntasnya,  daripada  perbincangan  ini  nilai  mudah  yang  mengandungi  sub  nilai


                       kreativiti dan inovasi turut sesuai untuk diterima sebagai teras utama nilai SQ dalam

                       kitab Tashil.




                       6.4  Implikasi kajian

                       6.4.1   Implikasi teoretis


                       Implikasi  teoretis  akan  membincangkan  hasil  kajian  ini  secara  membandingkannya

                       dengan dua buah teori yang mendasari kajian ini iaitu, teori Nahu al-Quran (al-Ansari,


                       1984)  dan  teori  Susunan  (al-Jurjani,  1994).  Tumpuan  diberi  terhadap  dapatan  yang

                       menyokong, berbeza, atau memberi input baru kepada  kedua-dua teori  tersebut.  Ia







                                                              365
   378   379   380   381   382   383   384   385   386   387   388