Page 386 - Nilai Shahid al-Quran
P. 386
c
Kajian telah memanfaatkan teori ini dari segi aspek penelitian i jaz al-Quran daripada
SQ yang digunakan dalam kitab Tashil. Dapatan kajian ini menyokong asas teori ini,
iaitu mukjizat al-Quran itu tercapai daripada susunan perkataannya. Walau
bagaimanapun, kajian turut mendapati mukjizat al-Quran wujud melalui penelitian SQ
c
dari aspek i jaz tulisan dan bacaan.
6.4.2 Implikasi Pedagogi
Pedagogi penyampaian sesuatu ilmu amat dititik beratkan bagi membentuk amalan
PdPc yang berkesan. Dapatan kajian ini berhasrat untuk mengemukakan beberapa
implikasi yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran bahasa Arab. Implikasi tersebut
boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
6.4.2.1 Implikasi model nilai SQ
Tatacara yang diikuti bagi mendapatkan nilai dalam kajian ini boleh dijadikan sebagai
satu model untuk menghasilkan nilai SQ dalam aktiviti PdPc tatabahasa Arab. Rajah
6.2 menjelaskan tatacara menghasilkan nilai daripada penggunaan SQ dalam PdPc
tatabahasa Arab.
Ilmu Tafsir Nilai TI
Ilmu Nilai Pengaruh
Kaedah SQ Semantik
Tatabahasa
Pola Nilai Mudah &
Mesra
Fungsi Nilai Akademik
Rajah 6.2 Model nilai SQ
368