Page 382 - Nilai Shahid al-Quran
P. 382

Hal  ini  demikian  juga  kerana  al-Quran  berupaya  menyediakan  input  bahasa  yang

                       berkualiti. Al-Quran secara umumnya turut dianggap sebagai penyebab kejayaan dan


                       keberkatan orang Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W (Rohana et. al., 2014).




                       Sebaliknya kelemahan penguasaan ilmu dalam kalangan orang Islam dewasa ini turut

                       dikaitkan dengan rendahnya kualiti kosa kata dalam kalangan umat Islam. Kenyataan


                       yang dibuat oleh Dr. Suhair al-Sukkari, iaitu seorang pakar pendidikan awal kanak-

                       kanak sejak lebih 40 tahun menyandarkan kemunduran celik akal kanak-kanak Arab

                       dalam penguasaan kosa kata hari ini adalah kerana mereka dibesarkan dalam suasana


                                               c
                       bahasa Arab sehari-hari ( ammiyyah) yang tidak digunakan dalam dunia akademik di
                       sekolah.  Tidak  seperti  sarjana  pada  zaman  kegemilangan  Islam  yang  dibesarkan


                       dengan  hafalan  al-Quran  menguasai  lebih  77  ribu  patah  kosa  kata  yang  fasih  (Al-

                       Alawi, 2015). Kenyataan ini bertepatan dengan sebuah catatan penulis Barat bahawa:


                              Pada  tahun  1883  pejabat  pemerintah  kolonial  Inggeris  mengusulkan
                              agar  bahasa  Arab  sehari-hari,  bukan  bahasa  Arab  klasik,  digunakan
                              sebagai  bahasa  pengantar  di  sekolah-sekolah  moden  (Jansen,
                              1980:93).


                       Para pemerintah kolonial yang berjaya menjajah beberapa negara Arab pada masa itu


                       percaya  bahawa  pentingnya  menjauhkan  masyarakat  Islam  daripada  pengaruh  al-

                       Quran.  Mereka  menganggap  “bahasa  Arab  adalah  satu  unsur  Islamisasi,  sebab  ia

                       dipakai  dengan  diterimanya  al-Quran”  (Jansen,  1980).  Oleh  sebab  itu,  menjadikan


                              c
                       bahasa  ammiyyah sebagai bahasa pengantar sekolah tajaan mereka kepada merupakan
                       satu langkah bagi mencapai hasrat tersebut.




                       Al-Quran  sememangnya  kalam  Allah  yang  bermukjizat,  membaca  al-Quran  dapat


                       memberikan  pahala  dan  berkat,  menghafaznya  pula  bukan  sahaja  mampu



                                                              364
   377   378   379   380   381   382   383   384   385   386   387