Page 380 - Nilai Shahid al-Quran
P. 380
Menyedari bahawa aktiviti tadabbur al-Quran boleh dilakukan mengikut kemampuan
seseorang, para sarjana telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil bagi
merealisasikan impian tersebut. Sebagai contoh, Yaasin (2004) telah menyarankan
aktiviti tadabbur al-Quran yang berikut:
i. Tadabbur melalui bacaan perlahan atau diulang-ulang.
ii. Tadabbur melalui respon seperti doa, ist'azah dan tasbih mengikut
kesesuaian maksud ayat al-Quran.
iii. Tadabbur melalui penelitian makna atau semantik perkataan.
iv. Tadabbur melalui tafsir ayat dengan ayat yang lain atau asbab al-nuzul.
v. Tadabbur melalui zikrullah yang banyak.
vi. Tadabbur dengan menjawab persoalan dalam ayat mengandungi
perkataan alaisa dengan jawapan bala atau subhanak fabala.
vii. Tadabbur dengan iqtibas contoh berdoa dengan doa dari al-Quran.
viii. Tadabbur dengan melakukan yang makruf dan meninggalkan yang
mungkar.
Kanvas tadabbur al-Quran turut diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia bagi
menyahut lebih ramai ahli masyarakat agar berani mempraktikkan aktiviti ini. Kanvas
ini menyediakan tatacara aktiviti tadabbur al-Quran melalui tiga dimensi, iaitu Allah,
Ibadah dan Sirat (Creative Commons, 2016). Di samping itu, kajian ini turut
menyediakan tatacara alternatif bagi aktiviti berkenaan sebagaimana yang ditunjukkan
dalam rajah 6.3, iaitu Kad Bitaqah Tadabbur al-Quran.
362