Page 377 - Nilai Shahid al-Quran
P. 377

c
                       Nabi Muhammad s.a.w  pernah menyuruh sahabatnya  Ibnu Mas ud membacakan al-
                       Quran dan Baginda didapati menangis teresak-esak kesan daripada mendengar ayat 41


                       surah al-Nisa. Sayidina Umar al-Khattab juga tidak dapat mengawal dirinya daripada

                       tangisan  apabila  membacakan  ayat  84  surah  Yusuf.  Begitulah  juga  para  sahabat

                                                                                     c
                       Rasulullah  s.a.w  yang  lain  seperti  Abu  Bakar  al-Siddiq,  Ibnu  Abbas  dan  lain-lain

                       (Yaasin,  2004).  Kisah-kisah  ini  membuktikan  bahawa  tadabbur  al-Quran  melalui


                       bacaan yang menepati kaedah hukum tajwid sama ada oleh diri sendiri atau orang lain

                       telah memberikan kesan yang boleh meruntun jiwa dan mengalirkan air mata.

                              “Bacaan  al-Quran  sedemikian  dapat  meninggalkan  kesan  sama  ada
                              secara  zahir  ataupun  batin.  Secara  zahir  dengan  berlinangan  air  mata,
                              gerun  hati  dan  helaan  nafas  yang  panjang  manakala  batin  dengan
                              peningkatan iman dan ketenangan jiwa” (Yaasin, 2004).



                       Oleh sebab itu, membaca al-Quran tanpa bersungguh-sungguh menjaga hukum tajwid

                       yang  meliputi  bacaan  panjang  atau  pendek,  dengung  atau  tanpa  dengung,  berdetak


                       atau tasfir hatta imalah  atau al-rawm  adalah seperti mengoyak rabak dan mencarik

                       ceraikan  keindahan  al-Quran  itu  sendiri.  Hal  ini  kerana  sebahagian  sarjana  dalam


                       bidang  ini  menganggap  bahawa  tajwid  merupakan  pakaian  yang  mengindahkan  al-

                       Quran (Mohammad Asraff, 2010).




                       Selain bacaan yang tidak meraikan hukum tajwid dikenakan dosa sekiranya pembaca

                       meninggalkannya dengan sengaja (Sayf, 1987), bacaan tersebut secara tidak langsung


                                                                                             c
                       menafikan  peluang  menghayati  mukjizat  al-Quran  dari  aspek  i jaz  ta‟thiri
                       sebagaimana  yang  berlaku  ke  atas  Rasulullah  s.a.w.  dan  para  sahabat  (Ali  Yahya,


                       2015). Di samping itu,  pengajaran lain  yang sepatutnya diperolehi  juga tidak dapat

                       dicapai malah aktiviti tadabbur al-Quran akan turut terhenti.






                                                              359
   372   373   374   375   376   377   378   379   380   381   382