Page 372 - Nilai Shahid al-Quran
P. 372

disebutkan sebelum ini bahawa bacaan sesuatu ayat yang diulang-ulang akan memberi

                       kesan kepada peneguhan makna ayat tersebut.




                       SA  menggunakan  SQ  ini  pada  perbincangan  dibolehkan  al-ibtida‟  dengan  ism  al-

                                                              c
                       nakirah  apabila  al-mubtada‟  dari  jenis  am,  iaitu  dari  jenis  al-istifham  seperti  pada

                       ayat ini (DU/37/16). Namun, dalil yang sama tidak didapati daripada kitab al-Nahu al-


                       Wafi walaupun kitab ini menyenaraikan lebih banyak mus.a.wwighat al-ibtida‟ bi al-

                                                                                      c
                       nakirah  termasuklah  al-istifham  (Hassan,  n.d.:  1/486).  Ibn  Aqil  pula  didapati
                       membawakan  contoh  daripada  ciptaannya  sendiri  bagi  menjelaskan  kaedah  ini  (Ibn


                       c Aqil,  1994:1/171).  Begitu  juga  Ibn  Hisham  yang  didapati  tidak  konsisten

                       membawakan  SQ  ini  apabila  penggunaannya  hadir  sebagai  dalil  kaedah  tersebut


                       dalam kitab Sharh Qatr al-Nada (Ibn Hisham, 1994a:156) tetapi tidak diteruskan pada

                       perbincangan  kaedah  sama  dalam  kitab  Sharh  Shudhur  al-Dhahab  (Ibn  Hisham,


                       1994b:241).




                       Begitu juga tumpuan SA pada pengajaran akidah yang menjadi teras nilai dalam kitab

                       Tashil dikesan melalui penggunaan SQ yang berkait dengan topik tersebut walaupun


                       petikan SQ berkenaan diambil daripada surah-surah terakhir dalam al-Quran. Sebagai

                       contoh SA memetik SQ104 daripada surah al-Qiyamah 75:3 yang mengandungi nilai

                       akidah mempercayai kebangkitan pada hari akhirat. SQ ini dipetik sebagai dalil harf


                                                       c
                                              c
                       lan yang menasabkan fi l mudari  (DU/20/2). Sedangkan terdapat SQ lain yang boleh
                       dipetik daripada surah lain yang hadir lebih awal dalam al-Quran dan SQ yang biasa


                       digunakan oleh tokoh tatabahasa lain pada membincangkan kaedah berkenaan.









                                                              354
   367   368   369   370   371   372   373   374   375   376   377