Page 370 - Nilai Shahid al-Quran
P. 370

mujassimah yang mengatakan bahawa Allah mempunyai tempat secara hakikat (Al-

                               c
                       Duri  &  Ilyan,  1996).  Sememangnya  menisbahkan  tempat  kepada  Allah  itu  sendiri

                       adalah  perbuatan  yang  tersasar  daripada  akidah  Islam  yang  sebenar  sebagaimana

                       difahami  oleh  salaf  dan  khalaf.  Kerana  apabila  Allah  bertempat  maka  boleh


                       ditafsirkan sebagai Allah memerlukan makhluk, iaitu tempat. Sedangkan Allah adalah

                       tuhan yang tidak berhajat kepada apa-apa (Ismail al-Fatani, n.d.).




                       Umum  mengetahui  bahawa  pemikiran  akidah  SA  adalah  dalam  aliran  mazhab  al-

                          c
                       Ash ari  dan  al-Maturidi.  Aliran  ini  mengambil  pendekatan  belajar  mengenali  Allah

                       berasaskan ilmu al-kalam atau lebih masyhur dengan sebutan sifat 20. Aliran ini juga

                       dilihat  kurang  gemar  menggunakan  ayat  mutashabihat  bagi  mengelak  diri  mereka


                       menafsirkan Zat atau Sifat Allah dengan sesuatu yang tidak layak bagi-Nya. Bahkan

                       apabila  bertembung  dengan  ayat  ini,  mereka  memilih  untuk  melakukan takwil  (Al-


                              c
                       Duri &  Ilyan, 1996; Md Hilmy, 2012).



                       Oleh sebab itu, SA yang berpegang teguh dengan aliran ini amat berhati-hati apabila

                       memetik  SQ  daripada  ayat  mutashabihat  yang  disebutkan  itu.  Beliau  secara  jelas


                       menyebut perkataan “takwilan” apabila menghuraikan harf jar yang berhajat kepada

                        c
                       ta liq dalam SQ yang digunakan itu. Beliau mencatatkan bahawa lafaz Allah dalam
                                                                     c
                       ayat  berkenaan  ditakwilkan  dengan  al-ma bud  (yang  disembah  dan  diakui

                       kekuasaanNya).  Hal  ini  demikian  bagi  mengelakkan  kekeliruan  masyarakat

                       memikirkan  Allah  mempunyai  tempat  sama  ada  di  langit  atau  di  bumi  (Abdullah


                       Basmeih, 1998; DU/10/29).









                                                              352
   365   366   367   368   369   370   371   372   373   374   375