Page 375 - Nilai Shahid al-Quran
P. 375

para  sarjana  meletakkan  syarat  yang  utama  bagi  aktiviti  tadabbur  al-Quran  adalah

                       penguasaan  bahasa  Arab  sepenuhnya  dari  segi  ilmu  tatabahasa,  sarf,  balaghah  dan


                       semantik  setiap  lafaz  yang  digunakan  dalam  al-Quran.  Di  samping  itu  kemampuan

                       aktiviti ini juga dikaitkan dengan hati yang ikhlas dan cita rasa (al-dhawq) yang tulus


                       suci  sehingga  mampu  menyerap  keindahan  balaghah  dan  gaya  bahasa  al-Quran.

                       Walau  bagaimanapun,  mereka  turut  bersetuju  bahawa  aktiviti  tadabbur  al-Quran


                       boleh  dilakukan  oleh  mana-mana  individu  mengikut  kemampuan  mereka.  Namun

                       demikian,  semakin  tinggi  kemampuan  seseorang  maka  semakin  dalamlah  aktiviti

                       tadabbur dapat dilakukan (Markaz Tadabbur, 2009).




                       Oleh itu, aktiviti Tadabbur al-Quran adalah satu proses meneliti mesej yang hendak


                       disampaikan daripada sesuatu ayat al-Quran secara mendalam mengikut kemampuan

                       seseorang.  Aktiviti  ini  bermula  daripada  memahami  maksud  ayat  yang  tersurat


                                                      c
                       sehingga meneliti aspek kajian i jaz al-Quran yang tersirat dan amat luas serta tidak
                       berpenghujung.  Kemampuan  al-Quran  menyediakan  maklumat  yang  tidak


                       berpenghujung ini telah menjadi bukti bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar yang

                       dianugerahkan  oleh  Allah  kepada  Rasulnya  Nabi  Muhammad  s.a.w  (Ahmad,  2003;


                       Al-Samarai, 2003; Musa, 2006).



                                                                               c
                       Sebagaimana yang disebutkan dalam bab 5 bahawa aspek i jaz tulisan (rasm al-Quran)

                                                                                               c
                                                                c
                       dan bacaan (tilawah al-Quran) di samping i jaz bahasa (lughawi) dan ilmu ( ilmi) telah
                       membentuk  nilai  pengaruh  SQ  dalam  kitab  Tashil.  Nilai-nilai  tersebut  terhasil


                       daripada penelitian yang mendalam, iaitu tadabbur al-Quran sama ada ke atas tulisan,

                       bacaan, gaya bahasa ataupun input ilmu yang dibawakan oleh SQ tertentu.






                                                              357
   370   371   372   373   374   375   376   377   378   379   380