Page 379 - Nilai Shahid al-Quran
P. 379
37:35; Muhammad, 47:19). Perbezaan yang dapat diteliti melalui tadabbur kedua-dua
ayat ini menunjukkan bahawa gaya bahasa al-nafy yang pertama digunakan untuk
meneguhkan keimanan orang mukmin manakala yang kedua digunakan sebagai
amaran kepada orang-orang kafir yang ingkar (al-Samarai, 2000).
c
Manakala dapatan aspek i jaz gaya bahasa melalui taswir al-fanni pula menepati
c
saranan Sayyid Qutb. Beliau menyatakan bahawa i jaz al-Quran daripada taswir al-
c
c
fanni lebih kuat pengaruhnya berbanding i jaz dalam bentuk lain sama ada tashri i,
perkhabaran tentang perkara ghaib yang kemudiannya dibuktikan oleh sains atau ilmu
berkaitan kajian alam semesta. Hal ini demikian kerana taswir al-fanni boleh didapati
c
daripada satu atau dua ayat bahkan daripada surah-surah yang kecil berbanding i jaz
daripada sudut lain yang kadang-kadang memerlukan penelitian kepada keseluruhan
kandungan al-Quran (Qutb, 2002).
Mutakhir ini sambutan masyarakat Islam ke atas aktiviti tadabbur al-Quran semakin
menggalakkan. Usaha melebarkan khazanah ilmu, kesucian dan mukjizat al-Quran
tidak terhenti kepada penghasilan buku akademik oleh para sarjana yang menjadi
c
rujukan di peringkat antarabangsa seperti al-Murti i (n.d), al-Samarai (2000, 2002,
2003, 2006), Shamlul (2006) dan tempatan seperti Fazrul & Ariff Jauhar (2017).
Malah hasil aktiviti tadabbur al-Quran turut dikongsi dan disebar luaskan melalui
c
media terkini seperti laman sesawang khususnya “Al-Hay‟at al- Alamiyyah li
Tadabbur al-Quran al-Karim,” (2017) atau media sosial seperti facebook (“Lamasat
Bayaniyyah,” 2017).
361