Page 381 - Nilai Shahid al-Quran
P. 381
Tuntasnya, perbincangan di atas menunjukkan bahawa penelitian mukjizat al-Quran
melalui aspek tulisan, bacaan dan gaya bahasa menepati ciri-ciri aktiviti tadabbur al-
Quran yang semakin mendapat sambutan masyarakat Islam masa kini. Oleh sebab itu,
aktiviti tersebut dipertimbangkan sebagai teras nilai yang mendasari penggunaan SQ
dalam kitab Tashil.
6.3.3.3 Teras kreativiti dan inovasi
Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai mudah SQ dibentuk daripada kreativiti SA
mempelbagaikan pola penggunaan SQ dalam kitab Tashil, inovasi penggunaan SQ
yang sesuai topik tatabahasa dan petikan SQ daripada ayat al-Quran yang digunakan
dalam ibadah seharian. Bermakna bahawa penggunaan SQ dalam kitab Tashil secara
umumnya memudahkan proses pengajaran tatabahasa Arab dan secara khususnya
c
c
memudahkan PdPc topik tertentu seperti adad dan ma dud, terutama dalam kalangan
pelajar muslim.
Hal ini demikian kerana salah satu faktornya adalah kewujudan al-Quran itu yang
sedia mesra kepada para pelajar muslim tersebut berbanding sumber lain seperti syair
dan prosa Arab. Bahkan ada dalam kalangan mereka telah menghafaz al-Quran sejak
daripada umur enam tahun seperti SA sendiri (Mohd Shaghir, 2005b). Begitulah juga
kebanyakan tokoh sarjana Islam pada zaman silam yang tersohor dalam bidang
masing-masing, mereka didapati menghafaz al-Quran seawal usia kanak-kanak.
Sumbangan hafalan al-Quran kepada pembentukan minda pintar seseorang individu,
iaitu kemampuan menyerap kefahaman pembelajaran sesuatu ilmu tidak dapat
disangkal lagi. Rohaidi (2002) mendapati bahawa kapasiti hafalan al-Quran seseorang
terbukti memberi kesan yang positif dalam penguasaan ilmu berkaitan bahasa Arab.
363