Page 376 - Nilai Shahid al-Quran
P. 376
c
Penemuan aspek i jaz tulisan daripada tadabbur al-Quran yang dipetik sebagai SQ
dalam kitab Tashil adalah menepati pendapat yang dipelopori oleh para sarjana dalam
c
bidang i jaz al-Quran dari segi tulisan seperti Shamlul (2006). Dapatan ini boleh
dianggap sebagai memperkayakan teori susunan oleh al-Jurjani (m.474H). Hal ini
demikian kerana, al-Jurjani beranggapan bahawa kelebihan sesuatu ujaran itu terletak
pada keindahan susunan perkataannya semata-mata. Beliau dengan tegasnya
menafikan kelebihan sebarang lafaz yang dianggap tidak memberikan apa-apa erti
kehadirannya tanpa susunan (Al-Jurjani, 1994:48). Memang tidak dapat dinafikan
bahawa apa yang diperkatakan oleh al-Jurjani itu memang tepat dan telah dibuktikan
oleh banyak kajian, antaranya Abu Bakr (2000), Balhaf (2012) dan Fatima El-Zahra
(2011). Tetapi di sana terdapat beberapa perkataan dalam al-Quran yang menunjukkan
c
kelebihan dan menjemput perbincangan dari segi i jaz tulisan seperti perkataan likayla
yang telah disebutkan dalam dapatan kajian ini. Sementelah pula mutakhir ini terdapat
kajian dilakukan bagi meneliti ketepatan pemilihan sesuatu perkataan al-Quran yang
tidak dapat ditukar ganti tempatnya oleh perkataan yang lain, iaitu sebagaimana yang
c
dilakukan oleh al-Murti i (n.d.) dan al-Samarai (2006).
c
Penemuan aspek i jaz bacaan daripada ayat al-Quran yang dipetik sebagai SQ dalam
kitab Tashil pula menepati kesan tadabbur al-Quran yang menjadi amalan Rasulullah
s.a.w dan para sahabat. Aktiviti tadabbur al-Quran dari aspek bacaan boleh membantu
seseorang meneliti maksud ayat dengan lebih mendalam di samping merasai
keindahan dan ketepatan pilihan perkataan al-Quran dan dapat pula mempengaruhi
jiwa.
358