Page 371 - Nilai Shahid al-Quran
P. 371

Oleh hal yang demikian, sewajarnyalah SA menerapkan nilai akidah dengan banyak

                       menggunakan SQ yang dipetik daripada ayat yang mengisahkan dosa syirik kepada


                       Allah (SQ35, SQ112, SQ114, SQ123 dan SQ209), atau yang menandakan kekuasaan

                       Allah (SQ28, SQ30 dan SQ49), sifat Allah (SQ50), rahmat Allah (SQ57, SQ84, SQ86


                       dan SQ90) dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan sebelum ini dalam bab Lima.




                       Oleh  sebab  itu,  karya  SA  mudah  mendapat  tempat  dalam  kalangan  masyarakat

                       Nusantara kerana mereka telah lama sebati dengan pengajaran akidah aliran mazhab

                             c
                       al-Ash ari  dan  al-Maturidi.  Bahkan  mazhab  akidah  ini  menjadi  pegangan  dalam

                       kalangan  masyarakat  Malaysia  dan  karya-karya  utama  mazhab  ini  diajarkan  di

                       institusi  masjid  dan  pondok  secara  khususnya  sehingga  ke  hari  ini  (Engku  Ahmad


                       Zaki, 2008).




                       Walau bagaimanapun, SA turut menjelaskan bahawa aliran pemikiran salaf yang tidak

                       gemar  mentakwil  ayat  mutashabihat  turut  boleh  diterima  asalkan  tidak  melampaui


                       perbincangan akidah mujassimah (Ahmad al-Fatani, n.d.). Oleh sebab itu, beliau turut

                       memetik  SQ  yang  mengandungi  nama-nama  Allah  yang  Maha  suci  (SQ48  dan


                       SQ131) dan sifat-sifat Allah yang tidak disentuh dalam perbincangan sifat 20 (SQ145)

                       untuk dimuatkan dalam kitab Tashil.




                       Tumpuan SA pada pengajaran akidah yang menjadi teras nilai dalam kitab Tashil turut

                       dapat dikesan melalui penggunaan SQ tertentu yang tidak digunakan secara konsisten


                       oleh  tokoh  lain  pada  perbincangan  yang  sama.  Sebagai  contoh  petikan  SQ205

                       daripada  ayat  al-Quran  yang  diulang  sebanyak  lima  kali  dalam  surah  al-Naml


                       meneguhkan  makna  penafian  ketuhanan  selain  daripada  Allah.  Sebagaimana  yang



                                                              353
   366   367   368   369   370   371   372   373   374   375   376