Page 368 - Nilai Shahid al-Quran
P. 368

Menerusi  kajian-kajian  tersebut,  penemuan  nilai  telah  memaknakan  ilmu  bidang

                       masing-masing selain memberikan warna warni yang mengindahkan lagi kesan dalam


                       aktiviti PdPc ilmu bidang berkenaan.




                       Oleh  hal  yang  demikian,  beberapa  dapatan  nilai  yang  dilihat  mendominasi  dapatan

                       kajian ini menarik untuk diberikan perhatian malah boleh diangkat menjadi teras nilai


                       SQ dalam kitab Tashil.  Teras  nilai tersebut  adalah  nilai  akidah  Islam,  tadabbur al-

                       Quran, kreativiti dan inovasi  serta nilai  keberkatan dan  taufik. Setiap satu  daripada

                       teras nilai ini akan dibincangkan secara terperinci seperti berikut:




                       6.3.3.1  Teras nilai akidah Islam


                       Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa nilai akidah secara umumnya dan

                       nilai  kepercayaan  kepada  Allah  secara  khususnya  telah  mendominasikan  dapatan


                       kajian ini berbanding nilai yang lain. Nilai ini hadir daripada penelitian beberapa SQ

                       yang dipetik daripada ayat al-Quran mengandungi perbincangan akidah Islam.




                       Akidah  yang  betul  merupakan  satu  nilai  terpenting  yang  wajib  ada  dan  diterapkan


                       kepada setiap individu muslim sejak dari kecil. Pada peringkat alam kanak-kanak lagi

                       Islam menggariskan beberapa peraturan asas yang sepatutnya diberikan perhatian oleh

                       ibu bapa ke arah pembentukan jatidiri dan jiwa mereka. Kanak-kanak mestilah dididik


                       supaya  mengenal  pencipta  dan  pentadbir  alam  ini,  iaitu  Allah  s.w.t  dengan

                       menanamkan kalimah tauhid dalam diri mereka (Ismail Kamus, 2009; Shahabuddin &


                       Noor  Miza,  2014).  Hal  ini  demikian  kerana  berdasarkan  kajian  terdahulu  90%

                       daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai


                       umur lima tahun (Seri Hayati, 2010).



                                                              350
   363   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373