Page 367 - Nilai Shahid al-Quran
P. 367
Arab lebih bermakna dalam memberi impak kepada ahli dan para pelajarnya. Selain
itu, ia diharap dapat pula membuka ruang kajian yang lebih luas pada masa depan.
Penemuan nilai SQ dalam kitab Tashil boleh dianggap sebagai satu penemuan dalam
bidang tatabahasa Arab secara umumnya. Penemuan nilai dalam bidang ini sejajar
dengan dapatan kajian nilai dalam bidang-bidang yang lain. Sebagai contoh, dalam
bidang matematik telah dikesan terdapat nilai umum dan khusus yang memaknakan
ilmu bidang akademik tersebut. Sebagai contoh Bishop (1988) menyenaraikan tiga
nilai umum matematik seperti rasionalisme dan objektisme, kawalan dan kemajuan
serta keterbukaan dan misteri (Mohd Uzi Dollah, 2007; Nik Azis, 2014). Penemuan
ini mencetuskan perbincangan yang rancak dan panjang lebar dalam kerangka usaha
mengembangkan lagi nilai yang memaknakan bidang matematik tersebut sehingga
melangkaui bidang sains (Nik Azis, 2014). Walaupun begitu, setakat ini hanya nilai
umum pendidikan matematik berjaya diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia
(Mohd Uzi, 2007; Mohd Uzi et al., n.d.) di samping bidang sains yang berjaya
menerapkan nilai-nilai murni (Nik Zaharah, 2011).
Dalam bidang peradaban dan sastera Melayu pula, terdapat nilai sejagat seperti nilai
ketuhanan, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kewarganegaraan yang dapat
dikesan melalui persembahan drama (Mohd. Yazid, 2005) dan antalogi cerpen (Mohd
Haidi Mohd Kasran, 2013) selain nilai kesantunan dalam konteks sosiobudaya
masyarakat Melayu (Noriati, 2005). Di samping itu, terdapat nilai-nilai pendidikan
umum yang lain turut dikaji seperti nilai pendidikan Islam (Ali Imran, 2005;
Muhamad Fairuz et al., 2015) dan nilai pendidikan akhlak (Misbakhul Munir, 2012).
349