Page 369 - Nilai Shahid al-Quran
P. 369

Terdapat tiga pendekatan pendidikan akidah yang boleh diaplikasi dalam pendidikan

                       awal  kanak-kanak,  iaitu  pendekatan  al-Quran,  sunah  Nabi  Muhammad  s.a.w  dan


                       sarjana  Islam  (Seri  Hayati,  2010).  Sekiranya  pendekatan  al-Quran  boleh  digunakan

                       dalam  membangunkan  akidah  awal  kanak-kanak,  sementelah  kalam  Allah  tersebut


                       lebih  sesuai  dijadikan  subjek  pengajaran  akidah  kepada  para  pelajar  dewasa  yang

                       sedia  mesra  dengan  al-Quran.  Oleh  itu,  pemilihan  penggunaan  SQ  yang  banyak


                       membincangkan soal akidah dalam kitab Tashil didapati menjayakan objektif tersebut.



                       Penggunaan SQ  melibatkan  permasalahan  akidah  dalam kitab Tashil paling banyak


                       menceritakan  tentang  kejadian  alam  bagi  menunjukkan  kekuasaan  Allah.  Hal  ini

                       bersesuaian  dengan  seruan  Nabi  Muhammad  s.a.w  berdasarkan  Hadis  riwayat  Ibn


                       c Abbas  r.a  “fikir  olehmu  akan  semua  perkara  (kekuasaan  dan  keagungan  ciptaan

                       Allah)  dan  jangan  kamu  memikirkan  tentang  Zat  Allah”.  Hadis  ini  dihukumkan


                                                         c
                       sanadnya jayyid oleh ibn Hajar al- Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (“Al-Durar
                       Al-Saniyyah,” 2017).




                       Larangan memikirkan tentang Zat Allah s.w.t. itu termasuklah aktiviti memperincikan


                       perbincangan  ayat  mutashabihat  dalam  al-Quran  yang  melibatkan  permasalahan

                       akidah. Ayat mutashabihat adalah ayat al-Quran yang membincangkan perkara yang

                       tidak  mampu  dicapai  maksudnya  oleh  akal  dan  tidak  pula  dijelaskan  maknanya


                                                           c
                       melalui dalil naqli (Al-Zarqani, 1995;  Itr, 1996).



                       Perkara ini seolah-olah difahami oleh SA yang hanya menggunakan satu SQ sahaja

                                                                                          c
                       yang  dipetik  daripada  ayat  mutashabihat,  iaitu  SQ40  (QS  al-An am,  6:3).  Ayat

                       tersebut  boleh  mendatangkan  salah  faham  kerana  dibimbangi  menimbulkan  akidah



                                                              351
   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373   374