Page 364 - Nilai Shahid al-Quran
P. 364

Kitab ini juga diedar dalam bentuk wakaf bagi membuka peluang anggota masyarakat

                       untuk  turut  sama  membantu  mengimarahkan  pengajian  kitab  ini  di  pondok-pondok


                       seluruh Malaysia selain membantu menyediakan bekalan kitab secara percuma kepada

                       para pelajar bagi menarik minat mereka.




                       Cetakan sesebuah karya yang mempunyai pengaruh dicetak untuk tujuan wakaf bagi


                       membolehkan karya berkenaan dimiliki oleh mereka yang memerlukan tetapi dihalang

                       oleh  batas  kemampuan.  Di  samping  itu,  ia  bertujuan  mewujudkan  ruang  budaya

                       bantu-membantu  atas  perkara  kebaikan  yang  sangat  dianjurkan  oleh  Islam  (QS  al-


                       Ma‟idah 5:2). Wan Mohd Shahgir (2012) didapati mengusahakan percetakan karya-

                       karya  tinggal  arwah  datuknya,  iaitu  SA  untuk  tujuan  tersebut  mulai  dengan  kitab


                       Tashil  (D2/65).  Beliau  turut  menganggap  sokongan  semua  pihak  bagi  menjayakan

                       projek wakaf kitab turath tinggalan sarjana silam sebagai perjuangan agama. Beliau


                       menegaskan:

                              “Dengan  cara  yang  tersebut,  marilah  kita  sama-sama  berusaha
                              memperjuangkan  agama  Islam  yang  suci  mengikut  jejak  para  ulama
                              yang  terdahulu,  yang  kita  bersanad  atau  bersilsilah  kepada  mereka,
                              yang dalam hal ini ialah SA dan saudara-saudara sepupunya” (D2/65).




                       Wakaf dalam Islam bermaksud meletakkan atau menentukan sesuatu harta yang boleh

                       dimanfaatkan atas hak Allah s.w.t. Harta yang diwakafkan tidak boleh dimiliki secara


                       mutlak  oleh  pewakaf  atau  mana-mana  individu  yang  tertentu.  Wakaf  kitab  secara

                       umumnya  digalakkan  dalam  Islam  dan  diletakkan  dalam  kategori  wakaf  harta  alih.


                       Jumhur  ulama  Islam  kecuali  mazhab  Hanafi  berpendapat  hukum  wakaf  harta  alih

                       adalah harus (Al-Badawi, 2001; Al-Zuhayli, 1989).








                                                              346
   359   360   361   362   363   364   365   366   367   368   369