Page 361 - Nilai Shahid al-Quran
P. 361

Hakikatnya  kajian  sanad  dalam  salasilah  tokoh  sarjana  Islam  adalah  perkara  biasa

                       dilakukan  termasuk  kajian  sanad  berkaitan  dengan  guru-guru  SA  sendiri  (Diyak


                       Ulrahman  &  Muhammad  Faiz,  2017).  Pada  asasnya  pengajian  bersanad  sangat

                       dititikberatkan  dalam  pengajian  Islam  terutama  dalam  bidang  Hadis.  Imam  Muslim


                       dalam mukadimah karya Sahih Muslim turut meriwayatkan kenyataan Abdullah bin

                       Mubarak “Tanpa sanad  nescaya  akan berkatalah sesiapa  yang menghendaki  dengan


                       apa  jua  perkataan  yang  dikehendakinya”.  Bahkan  tokoh  Hadis  terkemuka  itu

                       menamakan  satu  tajuk  khusus  pada  menerangkan  bahawa  sanad  itu  sebahagian

                       daripada kehidupan beragama (Imam al-Nawawi, n.d.).




                       Sanad  sebagaimana  yang  digariskan  dalam  rujukan  pengajian  Hadis  bermaksud


                       “sesuatu  perkara  yang  diperkatakan  itu  mempunyai  rantaian  yang  bersambung  dari

                       satu  riwayat  sehingga ke penghujungnya”. Walau bagaimanapun istilah sanad lebih


                       khusus daripada ijazah kerana yang kedua itu berkait dengan “keizinan seseorang guru

                       kepada  muridnya  meriwayatkan  apa  sahaja  yang  bersumberkan  dirinya  walaupun


                       tanpa  kehadiran  pelajar  berkenaan  sebagai  pendengar  dari  pengajarannya  atau

                       membaca  karyanya”  (Al-Saleh,  1991).  Oleh  itu,  pengajian  yang  diasaskan  kepada


                       sanad lebih tinggi kedudukannya pada sisi pengajian Islam berbanding ijazah.



                       Walaupun  kajian  sanad  dalam  pengajian  Islam  lebih  tertumpu  dalam  bidang  ilmu


                       Hadis, perkara itu tidak menafikan kepentingannya dalam semua ilmu pengajian Islam

                       yang lain terutama ilmu berkaitan al-Quran. Bahkan dalam apa jua disiplin ilmu Islam,


                       sanad tertinggi akan kembali kepada Rasulullah s.a.w (Zainul Milal Bizawie, 2015).

                       Perkara  ini  turut  difahami  daripada  kenyataan  Imam  Muslim  sebagaimana  yang


                       disebutkan terdahulu kerana beliau menamakan pengajian bersanad adalah sebahagian



                                                              343
   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366