Page 357 - Nilai Shahid al-Quran
P. 357

permulaan,  sanad  pengajian  yang  masih  bersambung,  cetakan  kitab  yang  sentiasa

                       diperbaharui di samping kewujudan kelas pengajian tatabahasa Arab berasaskan kitab


                       ini masih diteruskan.




                       6.3.2.1  Rujukan tatabahasa peringkat permulaan bangsa Melayu

                       Faktor pertama yang membentuk pengaruh kitab Tashil sehingga ke abad-21 adalah


                       kitab ini dijadikan rujukan tatabahasa peringkat permulaan bagi anak bangsa rumpun

                       Melayu. Sebagaimana disebutkan sebelum ini bahawa tujuan penulisan kitab Tashil

                       yang dijelaskan pada permulaan kitab adalah sebagai rujukan para pelajar permulaan


                       (al-mubtadi‟in) bidang tatabahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu.




                       Dalam Bab 4, kajian telah menjelaskan bahawa hasrat yang dinyatakan SA tersebut

                       telah tercapai berdasarkan kepada penerimaan pelajar Melayu mempelajari kitab ini


                       sejak  dari  zaman  SA  lagi.  Mereka  yang  mengikuti  pengajaran  kitab  ini  di  Masjidil

                       Haram pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 didapati menyambung pengajaran


                       kitab  ini  di  pelbagai  institusi  pengajian  pondok  setelah  pulang  ke  Nusantara  pada

                       pertengahan abad-20. Pengajian ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi


                       yang berterusan sehingga ke hari ini, iaitu awal abad ke-21 dengan sanad yang kukuh,

                       jelas dan tidak terputus. Bahkan pengajian kitab Tashil turut diberikan sambutan oleh

                       masyarakat  Arab  di  Mesir  apabila  ia  dijadikan  sukatan  pelajaran  tatabahasa  di


                       Universiti al-Azhar pada awal abad ke-20.




                       Kajian mendapati bahawa kesesuaian kitab Tashil dijadikan sebagai rujukan pengajian

                       tatabahasa  pada  peringkat  permulaan  bangsa  Melayu  hadir  kerana  dua  faktor.


                       Pertamanya, persembahan kitab ini memudahkan mereka memahami tatabahasa dan



                                                              339
   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362