Page 352 - Nilai Shahid al-Quran
P. 352
Quran maka semakin banyaklah kebajikan dalam bentuk pahala yang bakal
diperolehinya (Shamlul, 2006).
Walau bagaimanapun, usaha untuk memahami al-Quran tidak hadir dengan mudah.
Oleh sebab itu, segala usaha mendekatkan tatabahasa dengan al-Quran itu sangat
c
terpuji. Hal ini demikian kerana ilmu tatabahasa atau ilmu al-i rab sebagaimana yang
diistilahkan oleh al-Zamakhshari merupakan ilmu yang tidak boleh dipisahkan
daripada perbincangan al-Quran. Sesiapa yang tidak takutkan Allah pada al-Quran,
kemudian ia memandai-mandai dalam membincangkan tafsirannya sedang ia tidak
menguasai tatabahasa, kemudian ia berfatwa itu dan ini sesuka hatinya, maka kalam
Allah tersebut berlepas tanggungan daripadanya (Al-Zamakhshari, 2004).
6.3.1.3 Pencetus semangat cinta al-Quran
Sumbangan ketiga SA yang menarik perhatian untuk dibincangkan adalah beliau
sebagai pencetus cinta al-Quran. Kajian ini mendapati bahawa semangat cintakan al-
Quran telah sebati dalam jiwa SA melalui persembahan kitab Tashil. Selain
penggunaan SQ yang banyak, semangat tersebut dikesan melalui amalan iqtibas ayat
al-Quran pada permulaan penulisan kitab ini dan melalui gubahan (menukar damir
mengikut kesesuaian) doa pada penghujung karya.
Amalan iqtibas ayat al-Quran pada permulaan penulisan kitab Tashil berlaku dengan
c
memetik ayat 215 surah al-Shu ara‟ (DU/2/2). Sememangnya selain dari kitab Tashil,
amalan iqtibas ayat al-Quran ini juga turut didapati daripada karya SA yang lain
seperti Sabil al-Salam, Manzumah Jimanat al-Tauhid dan Manzumah Munjiyat al-
c Ulum (Idris Abdullah & Adnan Suemae, 2011). Tidak memadai dengan iqtibas, SA
334